Barang Pos Lambat Sampai Boleh Buat Aduan Ke SKMM, Ini Caranya

POS LAMBAT SAMPAI? INI CARA BUAT ADUAN KE SKMM

Maklum kita tahu terdapat sesetengah syarikat kurier yang suka ‘peram’ barang-barang hingga berminggu-minggu, kadang-bila bila dah lama sangat barang tiba-tiba diisytihar hilang dan tak mahu untuk bertanggungjawab.

Walaupun kita dah bayar wang penghantaran dimana sepatutnya mereka menghantar barang tersebut hingga ke rumah, namun ada sesetengah syarikat kurier pula yang minta kita membuat tuntutan di pejabat mereka.

Jadi, buat apa anda bayar kos penghantaran kalau anda sendiri yang perlu pergi kutip kan?

Mungkin anda tidak tahu yang anda sebenarnya boleh membuat laporan terhadap servis penghantaran syarikat kurier di SKMM.

Walaupun kes-kes sebegini sangat kerap berlaku, namun akibat kurangnya orang yang melaporkan masalah tersebut, maka tindakan tidak diambil kepada mereka dan mereka masih memberikan perhidmatan ala kadar untuk mengutip keuntungan yang tinggi.

Jadi, di sini kami kongsikan cara untuk membuat aduan jika berdepan dengan masalah pos lambat sampai.

Cara Buat Aduan Barang Pos Lambat Sampai (SKMM)

Berikut dikongsikan langkah demi langkah dan cara untuk buat laporan terhadap masalah pos lambat sampai @ kena ‘peram’ lama di pusat pengumpulan barang.

Langkah 1 : Layari laman web https://aduan.skmm.gov.my/

Langkah 2 : Klik Aduan Baru

Langkah 3 : Isikan seperti di bawah

Jenis Aduan : Complaint
Jenis Perkhidmatan : Postal / Courier Services
Kategori : Postal & Courier Services
Sub Categori :
– Late Delivery (Jika Barang Lambat Sampai)
– Lost Letters/parcel (Jika Barang Hilang)
– Poor Service Delivery (Jika Tak Ketuk Tak Jalan)
– Postman Attitude Conduct (Jika posmen tu banyak songeh)
Pembekal Perhidmatan : Korang pilih jer mana satu postage company yang bermasalah untuk hantar barang anda.

pos lambat sampai

Langkah 4 : Isikan maklumat pengadu hingga lengkap

pos lambat sampai

Langkah 5 : Isikan Maklumat aduan, tulis jer segala perkara yang anda tak puas hati kat situ.

pos lambat sampai

Langkah 6 : Masukkan Lokasi Anda di bahagian lokasi masalah.

Langkah 7 : Sila upload segala bukti yang anda ada untuk kukuhkan lagi aduan anda. Bukti-bukti anda tu boleh jadi screenshot tracking barang anda, atau audio perbualan anda dengan posmen atau customer service mereka.

Langkah 8 : Masukkan Capcha code yang terpapar kat situ

Langkah 9 : Tick pada bahagian pengesahan

Langkah 10 : Klik butang hantar/submit.

Jangan lupa untuk share post ni kepada rakan-rakan anda supaya lebih ramai yang membuat aduan SKMM dan masalah ini dapat diselesaikan segera.

Sumber: Info Konsumer

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: