[VIDEO] ‘Hujan Meteor’ Di Sarawak Adalah Serpihan Sisa Roket China

Penduduk Sarawak Dinasihat Agar Jauhi Sisa Roket

Beberapa serpihan roket angkasa lepas China tanpa kawalan telah jatuh ke Bumi di kawasan Sarawak sekitar jam 12.50 pagi tadi.

Dalam sebuah kenyataan rasmi, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) mengesahkan kejadian seperti hujan meteor yang dirakam penduduk di Sarawak adalah serpihan roket milik China.

“Sisa roket berkenaan telah terbakar ketika memasuki ruang udara bumi dan pergerakan serpihan itu juga melintasi ruang udara Malaysia.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi MYSA dalam kenyataan tersebut memaklumkan, kejadian dikenali kemasukan semula (re-entery) serpihan roket Long March 5B milik China itu dikesan pada jam 12.55 tengah malam tadi.

“Sisa serpihan yang terbakar berkenaan telah direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu” katanya.

blank

Pada 29 Julai lalu, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menyiarkan sebuah kenyataan maklumbalas berkaitan kemungkinan insiden kejatuhan serpihan Roket Long March 5B milik China.

Roket Long March 5B yang dilancarkan dari Wenchang Spacecraft Launch Site, Wenchang, China pada 24 Julai 2022 telah memasuki Orbit Rendah Bumi pada ketinggian 298km untuk mengorbit Bumi bagi melepaskan modul Wentian ke Stesen Angkasa Tiangong.

Disebabkan seretan atmosfera yang kuat pada orbit ini, serpihan roket ini dijangka akan memasuki atmosfera Bumi dalam beberapa hari selepas penghantaran tersebut.

MYSA juga memaklumkan bahawa setiap pelancaran roket kebiasaannya akan meninggalkan serpihan, di mana saiz serpihan tersebut bergantung kepada saiz roket yang dilancarkan.

Memandangkan saiz roket Long March 5B agak besar, maka serpihan yang berkemungkinan akan terhempas ke Bumi juga adalah besar. Walaubagaimanapun, kebanyakan serpihan tersebut akan musnah terbakar di atmosfera dan berkecai menjadi serpihan-serpihan bersaiz kecil. Hanya sebahagian kecil serpihan yang tidak terbakar sepenuhnya sahaja yang akan jatuh ke bumi.

Sebagai rujukan kepada umum, Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 telah diwartakan Kerajaan pada 25 Januari 2022 yang merangkumi pengurusan insiden dan kemalangan berkaitan objek angkasa.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar mengambil langkah berikut sekiranya melihat kejadian re-entry tersebut:

  1. Tidak mengusik, mengalih, mengambil, merosakkan atau memusnahkan sebarang objek yang mencurigakan yang disyaki daripada insiden re-entry ini.
  2. Hubungi talian kecemasan 999 atau Bahagian Penguasa Angkasa, MOSTI
  3. Tidak membuat hebahan palsu berkaitan re-entry ini. Sebarang maklumat rasmi akan dihebahkan oleh media massa melalui pihak berkuasa.
sisa roket sarawak
sisa roket sarawak
blank

Sumber: Agensi Angkasa Malaysia

[VIDEO] Rakaman Kejatuhan Sisa Roket China Di Ruang Udara Sarawak

Beberapa laman yang melaporkan kejadian ini turut menasihat penduduk Sarawak yang terjumpa sisa ini agar menjauhinya demi kesihatan kerana ia terdapat radiasi radioaktif bersamanya.

Beberapa buah video rakaman orang awam tular di media sosial dan menyangkanya sebagai hujan meteor. Bahkan, penduduk sekitar Sarawak juga telah dilaporkan mendengar letupannya.

Dalam video yang dirakam oleh orang awam, terdapat juga goresan awan panjang dipercayai sisa wap air terbentuk dari haba panasnya di atas langit Sarawak atau mungkin sekali ia berkecai di situ.

Letupan yang kuat didengari ialah apabila jasad logam terbakar itu menembusi atmosfera basah yang tumpat dan sisa dipercayai mungkin jatuh di jalur wilayah di antara Bekenu – Miri – Negara Brunei – Limbang – Lawas – Beaufort dan bahagian selatan Pantai Barat Sabah.

Baca juga: Goreng Beras Minum Airnya, Ini Petua Legakan Demam & Sakit Perut Orang Dulu