Goreng Beras Minum Airnya, Ini Petua Legakan Demam & Sakit Perut Orang Dulu

PETUA MINUM AIR BERAS YANG DIGORENG UNTUK LEGAKAN DEMAM & SAKIT PERUT

Pernahkah anda dengar satu petua orang dulu-dulu menggunakan beras goreng?

Sampai sekarang ia masih diamalkan.

Untuk demam sangat baik petua ni. Ramai juga yang amalkan untuk hilangkan sakit perut dan rasa kurang selesa badan.

Caranya mudah saja.

Jom kami kongsikan lebih lanjut.

Petua Kurangkan Demam & Sakit Perut Guna Beras Goreng

Menurut perkongsian di Facebook, inilah cara orang dulu-dulu buat penawar demam dan sakit perut atau cirit-birit dengan hanya menggunakan beras.

Bahkan, netizen juga berkongsi bahawa petua ini selalu diamalkan oleh ibu ayah mereka ketika zaman persekolahan dahulu.

Memang mujarab dan berkesan katanya… Boleh tengok komen-komen di bawah.

Cara-caranya:

  1. Ambil segenggam beras dan basuh beras seperti biasa.
  2. Gorengkan beras sehingga kekuningan.
  3. Ambil air suam masukkan beras tadi ke dalam jug air.
  4. Minum selepas beras tu tenggelam ke bawah.
  5. Bagus untuk sejukkan badan yang panas. Boleh juga minum untuk legakan sakit perut atau cirit-birit.

Bagi yang tak pernah mencuba, boleh tengok gambar di bawah untuk lagi mudah faham.

Petua goreng beras demam

Beras yang digoreng.

Petua goreng beras demam

Goreng sehingga perang.

Petua goreng beras demam

Minum airnya apabila beras tu tenggelam ke bawah.

Mudah kan?

Bolehlah dijadikan alternatif untuk legakan demam anak-anak.

Petua goreng beras demam
Petua goreng beras demam

Selamat mencuba & semoga bermanfaat.

(Kredit: Facebook)

Baca juga: Petua Legakan Batuk Anak Guna Minyak Bawang Putih

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: