in

Cara Buka Akaun Tabung Haji (TH) Online. Siap Sepantas 1 Minit!

cara buka akaun tabung haji online
ADVERTISEMENT

CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI (TH) ONLINE

Tahukah anda, kini pendeposit TH boleh membuat pembukaan akaun secara maya dan berpeluang mendapatkan Tabung Wang TH percuma!

Pembukaan Akaun Secara Maya atau Virtual Account Opening (VAO) boleh dilakukan melalui pautan dan aplikasi THiJARI.

ADVERTISEMENT

Pendeposit hanya perlu melengkapkan butiran secara dalam talian (online).

Kemudian anda boleh hadir ke mana-mana cawangan TH (dengan membawa MyKad dan amaun deposit permulaan) bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan dengan diberi keutamaan layanan iaitu masa menunggu SEMINIT SAHAJA!

Memang mudahlah kalau nak buka akaun untuk anak atau untuk diri sendiri, terutamanya dalam tempoh PKP ni kan?

Tambahan pula, Tabung Haji kini akan memberikan Tabung Wang TH secara percuma bagi yang membuka akaun maya pada tarikh-tarikh istimewa berikut:

  • 9.9
  • 10.10
  • 11.11
  • 12.12
Sumber: https://www.facebook.com/TabungHaji/posts/4543684939026002

RUJUK TERMA & SYARAT KEMPEN PEMBUKAAN AKAUN TABUNG HAJI SECARA MAYA (VAO) di pautan berikut: https://www.tabunghaji.gov.my/ms/kempen-pembukaan-akaun-secara-maya-vao?fbclid=IwAR0w275160CM9p0WCMV-09PnKtIJ5-RwdfY4BaKs7AAcRIgg-FRh13z0BW0

Jom kami kongsikan lebih lanjut cara nak buka akaun Tabung Haji secara online.

Cara Buka Akaun Tabung Haji Secara Online / VAO (Virtual Account Opening)

Untuk membuka akaun Tabung Haji secara online, anda boleh melakukannya di laman web THiJARI.

Apakah THiJARI?

Bagi anda yang belum pernah mendaftar atau menggunakan Tabung Haji online, THiJARI adalah sebuah platform milik Tabung Haji yang dilancarkan pada 5 Februari 2020.

Ia membolehkan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan Tabung Haji secara online.

Baca juga: Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Tanpa Sebarang Caj (JomPay 2021)

Syarat Kelayakan

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas

Langkah Membuka Akaun TH Online Melalui THiJARI

Berikut adalah langkah buka akaun Tabung Haji secara online:

  1. Layari laman web https://www.thijari.com.my/
  2. Klik pada ‘Tiada akaun TH? Buka Sekarang’ di bawah butang Daftar. (rujuk gambar di bawah)
  3. Isikan maklumat anda di semua ruangan yang disediakan.
  4. Setelah selesai mengisi semua maklumat, taip semula kod pengesahan di ruangan yang disediakan.
  5. Tekan butang Berikutnya
  6. Hadir ke kaunter TH berhampiran untuk pengaktifan akaun.
  7. Anda akan mendapat keutamaan layanan di kaunter dengan masa sesingkat seminit sahaja.
  8. Selesai!
buka akaun th online
buka akaun tabung haji online

NOTA:

  • Sila bawa bersama dokumen pengenalan diri (MyKAD) semasa pengaktifan Akaun Dewasa.
  • Salinan sijil kelahiran anak atau MYKid dan salinan dokumen pengenalan diri penjaga perlu disertakan semasa pengaktifan Akaun Kanak-kanak.
  • Wang deposit sekurang-kurangnya RM10 untuk pembukaan akaun TH.

Selepas membuka akaun, anda boleh mengaktifkan THiJARI dan melakukan pelbagai transaksi secara online. Lebih mudah & cepat!

Baca juga: Cara Aktifkan THiJARi Online Tanpa Ke Kaunter

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang proses pembukaan akaun Tabung Haji, sila rujuk saluran berikut:

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Big Sales Di Lazada. Diskaun Sehingga 50% Untuk Perkakas Rumah!

Kes Positif 8290 Hari Ini, Bilangan Brought In Dead Turut Meningkat