Semakan Pendaftaran Pengundi Secara Automatik (PPSA)

Apakah yang dimaksudkan Pendaftaran Pengundi Secara Automatik (PPSA)?

Semua warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas adalah layak untuk didaftarkan sebagai pemilih oleh SPR apabila dikuatkuasakan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Undi18 dan cara untuk anda membuat semakan maklumat ini secara online.

Pelaksanaan Umur Kelayakan Pengundi 18 Tahun dan Pendaftaran Pemilih Secara Automatik (PPSA)

Semua warganegara yang telah mencapai umur 18 tahun ke atas layak untuk didaftarkan sebagai pemilih / pengundi.

Ini bermaksud semua warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas adalah layak untuk didaftarkan sebagai pemilih oleh SPR apabila dikuatkuasakan.

Pelaksanaan PPSA ini telah dikuatkuasakan pada 15 Disember 2021.

Syarat Untuk Didaftarkan Dalam PPSA

  • Warganegara Malaysia; 
  • Berumur 18 tahun ke atas; 
  • Menetap di alamat seperti di kad pengenalan; dan
  • Tidak hilang kelayakan sebagai pemilih mengikut undang-undang 
pendaftaran pengundi automatik 18 tahun

Baca juga: MySPR Semak -Semakan Daftar Pemilih / Pengundi SPR Online 2022

Bagaimanakah Seseorang Didaftarkan Di SPR Setelah Cukup 18 Tahun?

Warganegara Malaysia yang layak serta mempunyai maklumat lengkap berdasarkan rekod di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan didaftarkan sebagai pemilih tanpa perlu lagi memohon kepada SPR.

Proses pendaftaran pemilih secara automatik ini akan mengambil masa sehingga sebulan setengah dari hari individu berkenaan mencapai umur 18 tahun.

Maklumat pengundian boleh disemak selepas 16hb bulan berikutnya.

Cara Semakan Pendaftaran Pengundi Automatik Online

Pemilih baharu boleh menyemak maklumat pengundian melalui 3 cara berikut:

Jika nama anda tiada dalam senarai PPSA, anda boleh membuat tuntutan kepada SPR dengan mengisi Borang C dan mengemukakan borang tersebut di Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) yang berkenaan pada hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau secara dalam talian di Portal SPR.

Jika nama anda tersenarai tetapi terdapat kesilapan, sila kemukakan tuntutan kepada SPR dengan mengisi Borang C dan mengemukakan borang tersebut di Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) yang berkenaan pada hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau secara dalam talian di Portal SPR.

Cara Tukar Alamat SPR

Pemilih boleh membuat pengemaskinian alamat tersebut dengan pihak JPN.

Seterusnya, pemilih hendaklah memohon pertukaran bahagian pilihan raya dengan SPR di mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) yang berkenaan, Pejabat Pos atau melalui MySPR Daftar di https://mysprdaftar.spr.gov.my

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk

SOALAN-SOALAN LAZIM
PELAKSANAAN UMUR KELAYAKAN PENGUNDI 18 TAHUN DAN PENDAFTARAN PEMILIH SECARA AUTOMATIK (PPSA)

Laman web SPR: https://www.spr.gov.my/

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYATel : +603 8892 7200 
Faks : +603 8892 7001 
Email : webmaster[at]spr[dot]gov[dot]my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: