Gegaran Di Selangor & Beberapa Negeri Akibat Gempa Bumi Di Sumatera

TERKINI
25 Feb 2022 (Jumaat)

Gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter berlaku di 76 kilometer barat laut Payakumbuh, Indonesia pagi ini menyebabkan gegaran kuat di Lembah Klang.

Gegaran kuat turut dirasai di Bangunan Wisma BERNAMA, Jalan Tun Razak kira-kira jam 9.35 pagi ini.

Rata-rata kakitangan memaklumkan gegaran berlaku kira-kira 5 minit sebelum semua warga kerja Bernama bergegas keluar dari bangunan berkenaan bagi tujuan keselamatan.

Difahamkan, gegaran dirasai di Putrajaya, Cyberjaya, Medan Tungku, Port Klang dan beberapa

Gegaran turut dirasai di bahagian Barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sebuah kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh MET Malaysia tentang perkara ini.

Dalam kenyataan tersebut, dimaklumkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Gegaran dirasai di bahagian Barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor – MET Malaysia

https://twitter.com/metmalaysia/status/1497031751000293377

Berikut adalah sedikit info ringkas tentang gempa bumi kuat yang telah berlaku di Utara Sumatra, Indonesia pada jam 9:39 pagi, 25 Februari 2022

  • Koordinat : 0.2° Utara dan 100.0° Timur
  • Magnitud : 6.1
  • Jarak : 76km Barat Laut dari Payakumbuh,Indonesia
  • Kedalaman : 10 km

NADMA memohon kerjasama pertimbangan semua pihak agar tidak panik dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada sumber yang sahih.

Portal MET Malaysia : www.met.gov.my

Facebook : Malaysian Meteorological Department

Twitter : @metmalaysia

Instagram : metmalaysia

Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: