in

Pakej PerantiSiswa: Pendaftaran Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40

pakej perantisiswa
ADVERTISEMENT

Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi tujuan itu, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.

Pendaftaran Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang diumumkan dalam Bajet 2022 akan bermula pada suku kedua 2022.

ADVERTISEMENT

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Pakej Peranti Siswa ini.

Apakah Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia?

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu dalam menyelaras pelaksanaan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dari golongan B40 untuk memiliki sebuah peranti tablet bersama data jalur lebar mudah alih.

Pengenalan pakej yang dibentangkan dalam Bajet 2022 baru-baru ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti dan akses Internet pada kos yang berpatutan.

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.

Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.

*Tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditetapkan.

Kelayakan Tablet Percuma Pakej PerantiSiswa

Pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej tablet percuma ini.

pakej perantisiswa

Syarikat Telekomunikasi Yang Terlibat

Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah :

  • Celcom Axiata Berhad (Celcom),
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi),
  • Maxis Berhad (Maxis),
  • U Mobile Sdn Bhd (U Mobile),
  • Telekom Malaysia Berhad (TM) dan
  • YTL Communications Sdn Bhd (YES).

Tarikh Pendaftaran / Permohonan

Tempoh pendaftaran dijangka akan bermula pada suku kedua 2022. (April – Jun 2022)

Maklumat lanjut akan dikongsi dalam masa terdekat.

NOTA: Soalan-soalan lazim ini dikemas kini pada 1 November 2021 dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Sila rujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini.

Baca juga: Semakan Bantuan Keluarga Malaysia RM2,000 Untuk B40

Maklumat Lanjut Tentang Pakej Peranti Siswa

Sila rujuk kenyataan rasmi melalui lampiran di bawah:

pakej perantisiswa
pakej perantisiswa
Sumber: https://www.mcmc.gov.my/en/media/press-releases/bajet-2022-mcmc-menyelaras-pelaksanaan-pakej-per

Soalan Lazim Pakej ini disertakan dalam lampiran di bawah:

1. Apakah itu Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia ?

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

2. Siapakah yang layak untuk menikmati tawaran pakej ini?

Pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej ini.

3. Syarikat telekomunikasi manakah yang terlibat dalam menyediakan pakej ini?

Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).

4. Bilakah pendaftaran akan bermula?

Tempoh pendaftaran dijangka akan bermula pada suku kedua 2022. (Dijangka dalam bulan April – Jun 2022)

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pakej Cuti Penjawat Awam & Pesara Kerajaan 2021 / 2022

cuti tahun baru cina cny 2022

Tarikh Tahun Baru Cina 2022 (CNY) & Cuti Tambahan Sekolah KPM