Skim Mesra Usia Emas: Bantuan RM100 Untuk Warga Emas

Untuk makluman penerima dan pemohon baru Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 2.0, skim ini telah ditambahbaik dengan pemberian baucar Jom Shopping serta penambahan bantuan khairat kematian dengan nilai RM500 telah dilancar bermula 1 Januari 2021.

Di sini kami sertakan maklumat lanjut untuk rujukan penerima serta pemohon baru bagi tahun 2021.

Apakah Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?

SMUE diwujudkan pada tahun 2009 bertujuan untuk memberi manfaat kepada golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) di Negeri Selangor yang menepati syarat kelayakan.

Dalam pengumuman Ucapan Bajet Negeri Selangor oleh YAB Menteri Besar Selangor pada 30 November yang lalu, Dato’ Seri Amiruddin bin Shari telah mengumumkan, penambahbaikan dalam SMUE 2.0 iaitu manfaat khairat kematian yang diwujudkan semula bermula pada Januari 2021.

Oleh yang demikian, bermula 1 Januari 2021, setiap ahli SMUE akan menerima 2 jenis manfaat iaitu baucar beli-belah RM 100.00 pada bulan kelahiran dan juga khairat kematian bernilai RM 500.00. 

Manfaat SMUE

Bermula 1 Januari 2021, setiap permohonan yang berjaya, ahli SMUE akan menerima 2 jenis manfaat di bawah program ini.

Manfaat tersebut adalah seperti berikut:

1. Baucar Beli-Belah RM 100 (Manfaat Semasa Hidup)

  • Ahli akan menerima baucar beli-belah RM 100 di pasaraya terpilih pada bulan kelahiran mereka. Penyerahan manfaat akan dibuat melalui pejabat Pusat Khidmat DUN.
  • Ahli dikehendaki untuk memastikan maklumat seperti nombor telefon dan yang berkaitan sentiasa dikemaskini bagi mengelakkan ahli terlepas daripada menerima manfaat.
  • Pengemaskinian maklumat boleh dibuat secara atas talian di e-mesra.yawas.my atau pergi saja ke Pusat Khidmat DUN yang terdekat atau pejabat YAWAS.

2. Khairat Kematian RM500 (Manfaat Selepas Kematian)

  • Tuntutan khairat kematian SMUE hanya boleh dibuat sekiranya simati dan nama pewaris telah didaftarkan di bawah SMUE sahaja.
  • Wang khairat kematian hanya dibayar secara one-off kepada nama pewaris yang didaftarkan di dalam sistem.
  • Pembayaran akan dibuat samada dalam bentuk tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN atau pindahan wang terus ke akaun pewaris. (rujuk Proses Tuntutan Wang Khairat Kematian)
  • Sekiranya nama simati belum didaftarkan, maka pewaris perlu membuat permohonan SMUE terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan khairat kematian di atas nama simati. (Sila rujuk syarat-syarat permohonan SMUE untuk lebih lanjut)
  • Permohonan selepas kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh simati meninggal dunia. (tertakluk bagi kematian mulai 1 Januari 2021 sahaja)

Kategori Kelayakan Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

  1. Permohonan SMUE terbahagi kepada 2 kategori iaitu:
    • Kategori Warga Emas(60 tahun dan ke atas)
    • Kategori Orang Kelainan Upaya(OKU)
  2. Permohonan boleh dibuat sama ada:
    • Semasa hidup
    • Selepas kematian
      • Didaftarkan oleh pewaris (rujuk Senarai Pewaris Terdekat)
      • Kematian bermula (1 Januari 2021)
      • Permohonan mestilah dalam tempoh 6 bulan selepas kematian

Syarat Kelayakan

A) Kategori Warga Emas

  1. Warganegara Malaysia; DAN
  2. Berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
  3. Masih hidup; ATAU
  4. Telah meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
  5. Lahir di Negeri Selangor ATAU Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU
  6. **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN
  7. Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja); DAN
  8. Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

B) Kategori OKU

  1. Warganegara Malaysia; DAN
  2. Masih hidup; ATAU
  3. Telah meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
  4. Tiada had umur bagi yang lahir di Negeri Selangor ATAU Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU
  5. **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN
  6. Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja); DAN
  7. Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

NOTA: Pengundi bagi kategori OKU hanya tertakluk kepada yang layak mengundi iaitu berumur 21 tahun dan ke atas sahaja.

Baca juga: 11 Skim Bantuan JKM: Cara Daftar, Semakan & Kemaskini Online

Cara Permohonan Skim Mesra Usia Emas

  1. Permohonan SMUE boleh dibuat secara manual ataupun atas talian di https://e-mesra.yawas.my/index.php
  2. Bagi permohonan secara manual, pemohon boleh mendaftar di pejabat Pusat Khidmat DUN yang terdekat (dalam kawasan Negeri Selangor sahaja).
  3. Permohonan yang dibuat secara atas talian pula, pemohon perlu mencetak borang permohonan selepas selesai pendaftaran dibuat
  4. Setiap permohonan yang dibuat (manual atau atas talian) perlu melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dengan lengkap. (Rujuk maklumat di Senarai Dokumen Sokongan)
  5. Kegagalan menghantar dokumen yang lengkap akan menyebabkan permohonan tidak lengkap sekaligus melambatkan proses penerimaan manfaat
  6. Permohonan yang dibuat secara atas talian (online), borang dan dokumen sokongan hendaklah dihantar dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online dibuat.
  7. Borang dan dokumen sokongan boleh dihantar di:
    • Pusat Khidmat DUN berdekatan kawasan tempat tinggal; ATAU
    • Pejabat YAWAS

Muat turun borang permohonan di SINI: https://e-mesra.yawas.my/borang.php

Baca juga: PeKa B40: Bantuan Kesihatan & Perubatan Sehingga RM20,000

Semakan Ahli

Ahli yang telah mendaftar boleh membuat semakan secara online di pautan ini: http://smue.yawas.my/admin/online_semakan.php

Maklumat Lanjut

Talian YAWAS: 03 5481 8800

E-mel: [email protected]

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.

Layari laman sesawang e-mesra.yawas.my untuk maklumat lanjut.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: