Semakan Bayaran BKM Bagi Penerima Tunai (Tiada Akaun Bank)

Penyaluran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 Bagi Penerima Tunai Bermula 20 September 2022

Selaras dengan pengumuman YAB PM, sejumlah hampir RM2 bilion akan disalurkan kepada 8.6 juta #KeluargaMalaysia bagi Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3 bermula 20 September 2022 secara berperingkat.

Penyaluran adalah secara automatik terus ke akaun yang didaftarkan.

Manakala bagi peneirma yang tiada akaun bank, penyaluran akan dibuat di BSN mulai 20 September 2022 (Selasa).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat tuntutan dan semakan BKM bagi penerima tunai.

Siapakah Yang Akan Menerima BKM Secara Tunai?

  • Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup)
  • Tiada akaun bank

Tarikh Bayaran BKM Fasa3 Bagi Penerima Tunai

20 September 2022

Cara Tuntutan

Bayaran BKM bagi penerima tunai akan disalurkan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Sila bawa kad pengenalan ketika hadir ke cawangan BSN.

Rujuk notis bayaran BKM oleh BSN dalam lampiran di bawah:

Semakan Kelulusan

Semakan status permohonan kelulusan BKM boleh dibuat di https://bkm.hasil.gov.my.

Wakil BKM

Bagi anda yang tidak dapat ke BSN untuk tuntutan, pastikan anda telah mengisi borang maklumat wakil di laman web BKM 2022.

Apakah tujuan maklumat wakil diisi oleh pemohon BKM 2022?

Tujuan maklumat waris diisi adalah sebagai:

  • Waris bagi tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) jika pemohon / pasangan BKM 2022 telah meninggal dunia; atau
  • Wakil bagi penunaian BKM 2022

Siapakah wakil yang layak didaftarkan semasa Permohonan BKM 2022?

Wakil yang layak didaftarkan semasa pemohonan BKM 2022 adalah seperti berikut:

  • Pasangan
  • Ibu
  • Bapa
  • Anak
    • Anak Kandung
    • Anak Tiri
    • Anak Angkat
  • Adik-Beradik
  • Cucu

Siapakah wakil yang dibenarkan atau layak untuk membuat penunaian BKM 2022 atau
tuntutan SKK BKM 2022?

Wakil yang layak adalah:

  1. Pasangan yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian B (Maklumat Pasangan) pada Borang BKM 2022; atau
  2. Wakil yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian D (Maklumat Wakil) pada Borang BKM 2022 dan mestilah terdiri daripada hubungan seperti jawapan bagi soalan No. 2.

Berapakah had umur untuk melayakkan seseorang menjadi wakil?

Tiada had umur kelayakan seseorang untuk menjadi wakil kepada penerima BKM 2022.

Saya Bukan Warganegara Malaysia tetapi menetap di Malaysia, adakah saya layak
didaftarkan sebagai wakil?

Ya, jika anda bukan Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia, anda layak menjadi
wakil sekiranya hubungan anda dan pemohon adalah terdiri daripada ibu / bapa / pasangan
/ anak / adik-beradik / cucu yang menetap di Malaysia

Kadar Bayaran

Berapakah jumlah bayaran asas Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang akan
diterima?

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

Sumber: FAQ BKM 2022 (bkm.hasil.gov.my)

Maklumat Lanjut

https://bkm.hasil.gov.my/

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: