Permohonan Bantuan Warga Emas JKM RM500 Sebulan (2022)

Kepada anak-anak atau saudara-mara yang mengenali warga tua yang memerlukan bantuan, boleh buat permohonan Bantuan Warga Emas JKM yang dibayar setiap bulan untuk membantu meringankan beban mereka.

Bantuan ini diberikan kepada warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas serta memenuhi kriteria kelayakan khusus.

Bantuan Rarga Emas JKM ini dahulunya dikenali sebagai Bantuan Orang Tua (BOT).

bantuan orang tua

Bantuan Warga Emas JKM RM500 Sebulan

Bantuan Orang Tua (BOT) yang diberikan RM500 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti.

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Warga Emas JKM.

Kelayakan Bantuan Warga Emas

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  4. Warga emas yang bukan tinggal  di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma; ATAU 
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Pemohonan

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti berikut:

  • salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
  • salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,
  • salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
  • salinan penyata gaji (jika ada),
  • dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

BORANG YANG BERKAITAN

bantuan warga emas borang jkm
bantuan warga emas borang jkm

Muat Turun Borang Permohonan Bantuan Orang Tua JKM di bawah:

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
Adakah warga emas gelandangan yang tiada alamat rumah/ menggunakan alamat rumah transit/ alamat orang lain layak dipertimbangkan Bantuan Orang Tua (BOT)?

Tidak layak bagi pemohon yang tidak mempunyai alamat rumah dan menggunakan alamat rumah transit atau alamat orang lain.

Setiap pemohon bantuan perlu membuktikan di mana pemohon tinggal sebelum permohonan diproses ataupun diluluskan.

Adakah warga emas sebatang kara menumpang di rumah orang lain yang berpendapatan melebihi PGK Isi Rumah Semasa layak dipertimbangkan Bantuan ini?

Layak dipertimbangkan berdasarkan siasatan dan justifikasi yang kukuh seperti menumpang di rumah orang lain bagi membolehkan warga emas tersebut terus tinggal dalam komuniti.

Lain-lain Bentuk Bantuan Warga Emas JKM

Selain bantuan kewangan RM350 sebulan, terdapat juga beberapa bentuk bantuan lain untuk warga emas seperti berikut:

Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT / AS)

  • Membantu OKU yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan seperti kaki palsu, tangan palsu, callipers, tongkat tangan / ketiak, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan peralatan lain yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
  • Membolehkan OKU meningkatkan keupayaan dan seterusnya menjalani kehidupan tanpa sepenuhnya bergantung kepada orang lain.

Sila rujuk artikel ini untuk membuat permohonan: 11 Skim Bantuan JKM: Cara Daftar, Semakan & Kemaskini Online

Perkhidmatan Institusi

  • Desa Bina Diri (DBD)
  • Rumah Seri Kenangan (RSK)
  • Rumah Ehsan (RE)

Rujuk: Borang Permohonan Masuk Secara Sukarela ke Rumah Kebajikan (Orang Tua)

Perkhidmatan Luar

Perkhidmatan yang disediakan untuk golongan ini ialah:

  • Bantuan Kewangan
  • Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
  • Unit Penyayang Warga Emas (UPWE)

Maklumat Lanjut

Untuk info terkini tentang Bantuan Orang Tua / Warga Emas (BoT) atau bantuan-bantuan lain, sila layari laman web JKM di http://www.jkm.gov.my/ atau Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Jika anda ingin mengajukan sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui saluran berikut:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: