Permohonan Moratorium Automatik BSN PEMULIH 2021
Bank Simpanan Nasional (BSN) terus komited untuk menyalurkan moratorium dan bantuan bayaran balik kepada pelanggannya menerusi Bantuan Bayaran Balik (Moratorium Automatik PEMULIH) dalam mengharungi pandemik COVID-19.
Permohonan moratorium ini boleh dibuat bermula 7 Julai 2021.
Berikut dikongsikan link / borang dan cara membuat permohonan.
Baca juga: Borang Permohonan Moratorium Bank Islam PEMULIH Mulai 7 Julai 2021
Syarat Permohonan Moratorium BSN PEMULIH
Pelanggan BSN yang layak adalah seperti berikut:
- Individu (sama ada B40, M40 atau T20)-
- Perusahaan Mikro- Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) yang yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19
- Ahli Kad Kredit BSN – Islamik dan Konvensional
Tertakluk kepada:-
- Pembiayaan / pinjaman tidak tertunggak selama lebih dari 90 hari pada tarikh permohonan; dan
- Pembiayaan / pinjaman yang diluluskan sebelum atau pada 30 Jun 2021
- KECUALI individu yang sedang melalui proses kebankrapan, atau perniagaan yang di dalam proses penggulungan syarikat
Nota: Sebarang bantuan TRA yang diambil tidak akan menjejaskan status Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) anda.
Sila rujuk kepada Soalan Lazim Bantuan Bayaran Balik di laman web BSN untuk info terperinci.
Bantuan Yang Ditawarkan
Bantuan Bayaran Balik adalah satu inisiatif oleh pihak Bank dalam membantu pelanggan yang menghadapi kesulitan kewangan berikutan penularan COVID-19.Merujuk kepada pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), para pelanggan boleh memilih sama ada:-
- Enam (6) bulan Moratorium, iaitu penangguhan pembayaran atau;- 50% pengurangan ansuran bulanan untuk enam (6) bulan, atau;-
- Penstrukturan semula Pinjaman/ Pembiayaan Sewa Beli dan Pinjaman/ Pembiayaan Kadar Tetap
Cara Permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman / Moratorium Bank Simpanan Nasional
Pelanggan yang ingin mendapatkan bantuan bayaran balik pembiayaan boleh membuat permohonan moratorium BSN online melalui https://www.bsn.com.my/page/TRA.
PASTIKAN SEMASA MEMOHON:
No. Kad Pengenalan serta Nombor Telefom Bimbit adalah seperti semasa permohonan dahulu serta nombor telefon harus bermula dengan 6 seperti : 60123456789
NOTA:
Laman sesawang BSN mungkin menerima pelawat yang tinggi pada masa tertentu dan menyebabkan kesukaran untuk akses masuk.
Jika menghadapi kesukaran untuk ke pautan di atas, anda boleh klik ke pautan berikut untuk memohon mengikut kategori permohonan :
- Kategori Individu : https://www.bsncheckin.com.my/l/d.aspx?Lang=BM
- Kategori Mikro : https://www.bsncheckin.com.my/l/d.aspx?CUST=M&LANG=EN
Anda perlu mengisikan borang TRA (Targeted Repayment Assistance) yang akan terpapar seperti dalam gambar di bawah:
Isikan alasan permohonan beserta status pendapatan anda.
Kemudian isikan tanda tick pada kotak pengesahan sebelum menghantar borang.
Borang permohonan anda akan diproses dan anda akan menerima notis kelulusan moratorium dalam masa 5 hari bekerja.
Pengesahan penerimaan permohonan juga akan dihantar nelalui SMS.
Contoh notis SMS yang akan diterima apabila moratorium diluluskan adalah seperti di bawah:
Baca juga: Cara Daftar BSN Online Banking (2021). Dah Tak Perlu Beratur Lagi!
Sila ambil tindakan terhadap e-mel atau SMS yang akan diberikan oleh pihak bank.
Soalan Lazim Moratorium BSN Pemulih
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh rujuk dan hubungi saluran berikut :
- 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara)
- [email protected]
- Facebook BSN Malaysia
- https://www.mybsn.com.my/