in

Apple Nyatakan Gegaran Tinggi Yang Kerap Boleh Rosakkan Kamera iPhone

ADVERTISEMENT

Kamera adalah bahagian paling penting di pada telefon pintar masa kini. Malah dengan teknologi masa kini, kamera telefon pintar boleh mendapatkan gambar yang cantik walaupun dalam keadaan yang bergegar.

Akan tetapi, tahukah anda? Kamera telefon pintar yang terdedah terlalu lama kepada gegaran boleh menjadi rosak?

ADVERTISEMENT

Jawapan kepada persoalan di atas adalah ya! Apple menyatakan telefon pintarnya iaitu iPhone akan mengalami kerosakan apabila terdedah kepada gegaran beramplitud tinggi terlalu lama.

Perkara ini telah dimaklumkan sendiri oleh Apple menerusi satu hantaran terkini di forum Sokongan Apple.

Gegaran beramplitud tinggi yang dimaksudkan termasuk gegaran enjin motosikal berkuasa tinggi. Oleh yang demikian, Apple tidak menggalakkan memasang iPhone di atas enjin atau tangki motosikal jenis berkenaan.

If you accidentally move a camera when you take a picture, the resulting image can be blurry. To prevent this, some iPhone models have optical image stabilization (OIS).1 OIS lets you take sharp photos even if you accidentally move the camera. With OIS, a gyroscope senses that the camera moved. To reduce image motion, and the resulting blur, the lens moves according to the angle of the gyroscope.

Additionally, some iPhone models have closed-loop autofocus (AF).2 Closed-loop AF resists the effects of gravity and vibration to preserve sharp focus in stills, videos, and panoramas. With closed-loop AF, on-board magnetic sensors measure gravity and vibration effects and determine the lens position so that the compensating motion can be set accurately.

The OIS and closed-loop AF systems in iPhone are designed for durability. However, as is the case with many consumer electronics that include systems like OIS, long-term direct exposure to high-amplitude vibrations within certain frequency ranges may degrade the performance of these systems and lead to reduced image quality for photos and videos. It is recommended to avoid exposing your iPhone to extended high-amplitude vibrations.

Di dalam kenyataan terbabit, Apply menjelaskan kerosakan kamera boleh berlaku disebabkan oleh teknologi penstabil imej optikal (OIS) dan auto fokus gelung tertutup (AF) yang terdapat pada kamera iPhone.

OIS dan AF adalah 2 komponen penting pada kamera telefon pintar dalam menghasilkan gambar yang stabil dan tajam walaupun dalam keadaan sedikit gegar.

Pendedahan terhadap gegaran beramplitud tinggi untuk sesuatu tempoh yang lama boleh menjejaskan prestasi dan seterusnya mengurangkan tahap ketahanan kamera iPhone.

Antara telefon pintar Apple yang mempunyai teknologi sokongan OIS adalah seperti iPhone 6s, iPhone 6s Plus dan kesemua iPhone dari iPhone 7 dan ke atas.

Selain itu, kedua-dua fungsi sokongan iaitu AF dan OIS ini juga sangat sensitif dengan gangguan magnetik dari sesetengah aksesori iPhone lain.

Bagaimanapun, Apple menyarankan kepada pengguna iPhone yang kerap menggunakan telefon pintar mereka ketika menunggang motosikal untuk menggunakan alat serap hentakan pada Iphone mereka.

Ini dapat mengurangkan risiko terhadap iPhone dan seterusnya pada sistem kameranya. Secara tidak langsung dapat memanjangkan hayat kamera iPhone terbabit.

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi Kari Sotong. Pekat Likat Tanpa Santan!

Resepi Laksa Johor. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!