Mirip Nahas Kursk, Ini Kronologi Tenggelamnya Kapal Selam Nanggala-402

Jakarta – CNN Indonesia memaklumkan Kapal selam KRI Nanggala-402 yang hilang kontak di perairan Bali sejak Rabu (21/4) masih belum ditemukan setelah 72 jam lebih pencarian dilakukan.

Sungguhpun begitu, Ketua TNI Angkatan Laut, Julius Widjono optimistis pihaknya akan menemukan KRI Nanggala di samping memohon doa semoga 53 kru kapal selam itu selamat.

Pencarian kapal selam KRI Nanggala-402 difokuskan di laut sebelah utara Bali, yakni sekitar 40 km dari Celukan Bawang, Kecamatan Gerokgak, Kabupaten Buleleng, Bali.

Di lokasi tersebut ditemukan tumpahan minyak dan daya magnet yang besar yang dipercayai bersumber dari KRI Nanggala-402.

TERKINI : Tumpahan Minyak, Serpihan Kapal Selam KRI Nanggala Ditemui

Australia juga menggerakkan HMAS Ballarat Rigid-Hulled Inflatable Boat (RHIB) dan helikopter untuk menyisir wilayah tersebut. Sebanyak lima personel dari angkatan bersenjata Singapura juga sudah berada di KRI Suharso untuk membantu pencarian.

Kronologi Tenggelamnya Kapal Selam KRI Nanggala

Kapal selam KRI Nanggala-402 hilang kontak di perairan Bali Utara pada Rabu 21 April ketika sedang dalam operasi latihan tembakan torpedo.

KRI Nanggala 402 terputus hubungan sejak jam 03.00 waktu tempatan.

Berikut adalah ringkasan kronologi yang berlaku:

03.00

KRI Nanggala 402 meminta izin menyelam periscope depth pada kedalaman 13 meter dan bersiap melepaskan torpedo.

Sesuai dengan prosedur, kapal selam didampingi searider yang akan mengikuti torpedo saat meluncur.

03.00-03.30

Geladak haluan KRI Nanggala 402 masih dapat dilihat sea rider dengan jarak 50 meter.

03.30

KRI yang lain menempati posisi untuk persiapan torpedo meluncur.

03.46

Periskop dan lampu pengenalan KRI Nanggala 402 mulai menyelam dan tidak kelihatan.

03.46-04.46

KRI Nanggala 402 berkali-kali dipanggil, namun tiada respon. Sepatutnya periskop terlihat, tetapi KRI Nanggala 402 terus tenggelam dan tidak dilihat lagi.

Komunikasi dengan KRI Nanggala 402 terputus.

04.17

Helikopter diterbangkan untuk mengesan visual kapal selam tersebut, namun tidak kelihatan.

05.15

KRI Nanggala 402 dijadualkan muncul lagi di permukaan air namun tidak kunjung timbul.

TNI AL mengambil alih tugas untuk mencari kapal selam yang hilang.

06.46

TNI AL melakukan isyarat submissed. Seluruh angkatan dikerahkan untuk mencari KRI Nanggala 402 dan latihan ditunda.

Dan selepas 72 jam, masih belum dapat dikesan di mana KRI Nanggala 402 bersama 53 krew nya berada.

Sumber: Antara News

Berdepan Risiko Keracunan Karbon Monoksida

Usaha semakin getir apabila bekalan oksigen dijangka hanya mampu bertahan jam 3 pagi Sabtu (waktu tempatan) sebelum kapal selam buatan Jerman itu kehabisan bekalan oksigen.

Namun menurut laporan Sinar Harian, pakar operasi menyelamat tentera laut menyatakan timbul kebimbangan bahawa kesemua kru KRI Nanggala 402 berdepan keracunan karbon monoksida.

“Perkara yang menjadi kebimbangan utama ialah keracunan karbon monoksida.

“Maut mengundang biarpun bekalan oksigen masih ada pada kapal selam terbabit,” kata Bryan Clark dari Institut Hudson yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat (AS).

Mengulas lanjut, Clark berkata, keadaan ‘blackout’ KRI Nanggala 402 juga memberi impak kepada daya ketahanan kru kerana kuasa diperlukan bagi menggerakkan kipas.

“Kuasa diperlukan untuk menggerakkan kipas yang menyalurkan udara melalui lilin oksigen dan bahan penyerap karbon dioksida.

Sementara itu, penganalisis tentera laut dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam, Ben Ho berkata, letupan torpedo juga boleh menyebabkan pemadaman kuasa.

“Sepanjang sejarah, pelbagai faktor termasuk kecacatan struktur dan letupan senjata telah menyebabkan kemalangan kapal selam.

“Memandangkan KRI Nanggala 402 melakukan latihan menggunakan torpedo hidup, ada kemungkinan salah satu peluru ini meletup,’ katanya.

Kursk (2000): Antara Kes Nahas Kapal Selam Serupa Sebelum Ini

Diimbas antara kes bencana kapal selam yang pernah berlaku sebelum ini, kapal selam KURSK dari Rusia adalah antara yang melibatkan paling ramai mangsa dengan 118 kru anak kapal pada tahun 2000.

Sumber: AFP

Difahamkan insiden kapal selam KRI Nanggala 402 ini mirip dengan peristiwa tenggelamnya Kursk yang tenggelam di dasar laut Barents ketika latihan.

Penyebab tenggelamnya pun masih misteri dan menimbulkan pelbagai kontroversi hingga ke hari ini.

Difahamkan sebahagian kru kapal Kursk meninggal karena ledakan, manakala ada yang masih bertahan hidup dengan logistik dan oksigen yang tersedia.

Walaupun telah menemukan titik tenggelamnya Kursk namun peralatan penyelamatan masih menggunakan teknologi lama sehingga menyukarkan proses menyelamat.

Apatah lagi dengan pendirian Presiden Putin ketika itu yang dikhabarkan enggan meminta bantuan menyelamat dari negara jiran pada peringkat awal atas alasan rahsia ketenteraan.

Setelah 4 hari, kapal penyelamat Inggeris dapat menemukan kapal Kursk, namun tiada yang terselamat.

Sebahagian daripada nahas kapal selam Kursk yang ditemui. / Sumber: Wikipedia

Kisah benar ini telah diadaptasi menjadi sebuah filem berjudul ‘Kursk’ (2018) arahan Thomas Vinterburg.

Trailer filem KURSK

Dokumentari Kapal Selam Kursk (History Channel)

Semoga ada keajaiban untuk para kru KRI Nanggala.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: