in ,

Valve Melancarkan Konsol Pertama Mereka? Ketahui Lebih Lanjut Disini

ADVERTISEMENT

Steam merupakan platform permainan video yang diasaskan oleh Valve dan menjadi pilihan nombor satu dikalangan gamers. Platform ini boleh diakses melalui laman sesawang atau pun dengan memasang perisian steam.

Baru-baru ini, Valve telah melancarkan secara rasmi sebuah komputer mudah alih seperti konsol Nintendo Switch dan PS Vita yang diberi nama Steam Deck.

Steam Deck menggunakan system operasi dari Valve sendiri iaitu SteamOS 3.0. Sistem operasi ini berasaskan daripada Linux dan Valve menggunakan perisian Proton untuk memastikan permainan Windows yang akan dijalankan stabil.

Steam Deck ini dijana oleh cip daripada AMD iaitu AMD APU Zen 2 dengan sokongan grafik AMD RDNA 2. Konsol ini akan menggunakan RAM sebesar 16GB LPDDR5 serta storan bermula 64GB eMMC sehingga 512GB NVME SSD.

Konsol mudah alih ini juga akan dibahagikan kepada beberapa model mengikut storan. Model standard akan dihadirkan storan sebesar 64GB eMMC dan untuk model yang lebih berkuasa akan dihadirkan dengan storan 256GB dan 512GB NVMe SSD.

Dari segi skrin luaran, konsol mudah alih ini akan didatangkan skrin 7 inci ips LCD resolusi 1280×800 dengan kecerahan 400nits dan paparan boleh sentuh.

Bahagian butang kawalan juga mirip seperti Nintendo Switch dimana d-pad terletak di sebelah kiri dan butang ABXY terletak di sebelah kanan.

Analog bagi Steam Deck ini terletak di bahagian atas dan bersebelahan dengan d-pad dan butang ABXY. Di bawah analog tersebut terdapat pad sesentuh yang berfungsi seperti tetikus komputer.

Tambahan lagi, Steam Deck ini juga mempunyai sokongan gyroscope untuk pengawalan permainan lebih baik.

Dibawah pad sesentuh tersebut terdapat 4 butang iaitu butang View,Menu, Steam dan juga Quick Access. Pengguna juga boleh menyambungkan konsol pada TV atau monitor.

Bagi pembesar suara, konsol ini menggunakan dua pembesar suara stereo yang terdapat di bawah pad sesentuh berserta dua mikrofon terbina.

Harga yang ditawarkan bagi Steam Deck ini bermula $399 iaitu sekitar RM1676 sehingga USD649 (RM2726) dan akan mula dipasarkan penghujung tahun ini di Amerika Syarikat, Kanada, EU, dan UK.  

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi Kuih Rose Rangup. Hanya Menggunakan Pengisar Sahaja!

sektor yang dibenarkan beroperasi

PPN: SOP Terkini & Sektor Dibenarkan Beroperasi Pada Fasa 1, 2, 3 & 4