Ini Ciri Baru Yang Pada Rekaan Apple Studio Beats Buds Yang Tertiris

Sebelum ini laman sesawang WinFuture pernah menyiarkan beberapa imej rekaan Apple Beats Studio Buds yang tertiris dalam jumlah yang kecil dengan hanya dari beberapa sudut. Terbaru, laman sesawang terbabit sekali lagi menyiarkan rekaan peranti baharu terbabit yang belum dilancarkan dari pelbagai sudut.

Dalam perkongsian terbabit, rekaan terbaharu ini direka dengan tanpa tangkai pada sesentuhnya seperti produk-produk lainnya seperti AirPods, dan model sebelum ini. Rekaannya seakan menggelembung bujur dan sedikit bulat. Bahagian sisinya pula berlogo dan berkilat dipercayai merupakan sesentuh kawalan pada kedua-dua putik terbabit.

Rekaan dalam telinga digunakan dengan hujung silikon sepertinya tidak berubah dan didatangi dengan tiga saiz berbeza.

Melihat daripada imej tertiris yang dikongsi oleh laman terbabit, Apple Beats Studio Buds akan ditawarkan dalam warna putih, hitem dan merah. Tambahan lagi, rekaan terbaharu ini bakal menggunakan USB-C pada port pengecasan.

Pod pengecas Apple Beats Studio Buds pula berbentuk bujur dan rata pada bahagian hadapan dan belakang. Terdapat lampu LED di bawah logo bagi isyarat pengecasan. Di bawahnya pula terletaknya sebuah port pengecasan USB-C untuk mengecas pod. Di bahagian dalamnya terdapat satu butang tambahan dipercayai fungsi bluetooth. Berbeza dengan AirPods yang meletakkannya di bahagian luar.

Laporan sebelum ini melaporkan Apple dijangka bakal melancarkan produk Beats Studio Buds terbaharu ini pada 21 Julai 2021 walaupun ada laporan mengatakan ianya akan dihentikan bagi memberi laluan kepada produk AirPods.

Sumber: Winfuture

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: