Telefon YES Percuma Terbakar Lagi. Orang Ramai Sumbang Gantikan Baharu Buat Pelajar

Sebelum tular mengenai insiden telefon pintar yang diberikan percuma kepada pelajar melalui program Jaringa Prihatin untuk menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) terbakar dan meletup.

Insiden terbabit turut mendapat perhatian Syed Saddiq, di dalam ciapannya di Twitter. Beliau turut menyelar tindakan memberi telefon pintar dengan kualiti rendah kepada para pelajar yang menghadapi PdPR.

Terbaru sekali lagi telefon YES yang diberikan percuma ini meletup dan terbakar ketika sedang dicaj. Seperti dilihat pada gambar diciapan Twitter di bawah, telefon YES model Altitude 3 tersebut kelihatan dalam keadaan rosak teruk.

Kejadian tersebut dikatan terjadi di Temerloh, Pahang seperti dikongsikan oleh seorang pemegang akaun Twitter @najmi_fatin.

Insiden terbabit walaubagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa kepada pelajar terbabit.

Hasil daripada usaha seorang guru di SBPI bernama Haspul Nizan Deraman, pelajar terbabit telah mendapatkan telefon pintar baharu pada waktu petang pada hari yang sama.

Telefon pintar terbaharu itu adalah hasil daripada dana yang dikumpul oleh kumpulan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa-Guru. Ianya hanya mengambil masa 30 minit untuk mendapatkan modal memberi telefon pintar baharu model jenis Vivo Y12s.

Guru terbabit turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat kerana telah membantu pelajar terbabit mendapatkan telefon pintar baharu dalam masa yang singkat.

Untuk pengetahuan anda, Vivo Y12s mempunyai spesifikasi skrin 6.51″ HD+ dengan dwi-kamera 13MP dan 2MP. Cip pemprosesnya ialah MediaTek Helio P35 dengan RAM 4GB dan storan 128GB. Saiz bateri pula berkapasiti 5,000mAh sangat berbaloi untuk dengan harganya hanya RM699.

Insiden yang berlaku terhadap model YES Altitude 3 ini mendapat perhatian YTL Communications dan pihak berkatian sedang melakukan penyiasatan.

Sebagai pengganti, YTL Communications juga telah menghantar telefon pintar baharu iaitu model Yes Altitude 4 sebagai pengganti. Namun, pelajar masih takut menggunakan peranti tersebut kerana risau kes yang sama akan berulang.

Yes Altitude 4 adalah peranti yang sedikit lebih baik daripada model sebelumnya. Ia mempunyai paparan beresolusi 5.5 ″ 960 × 480 piksel, pemproses UNISOC SC9823E 1.4GHz dengan RAM 2GB dan storan 16GB. Baterinya sedikit lebih besar pada 2,800mAh dan ia berjalan pada Android 11 (Go Edition).

Semalam, Xiaomi Malaysia juga telah memberikan Redmi Note 10 5G kepada pelajar lelaki atas insiden yang sama.

Dilihat insiden meletupnya telefon YES ini semakin jadi dan perkara ini seharusnya diambil serius oleh pihak pengeluar telefon terbabit. Syarikat yang lebih dipercayai seperti Samsung atau Xiaomi seharusnya diberi kepercayaan dalam memjayakan program PdPR ini.

Sumber: Lowyat, Facebook, Twitter

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: