Gelagat ‘Uncle’ Selamba Bagi Duit Raya RM100 Macam RM1 Tarik Perhatian Ramai
Raya tahun 2022 ini sememangnya luar biasa meriahnya.
Bayangkan setelah 2 tahun tidak dapat menyambut perayaan akibat wabak COVID-19, kini kita dapat bertemu sanak-saudara dan rakan-rakan tanpa sebarang sekatan.
Walaupun Aidilfitri sudah masuk minggu ke-2, kemeriahannya masih terasa dan umat Islam masih saling menziarahi saudara dan rakan-rakan.
Uniknya di Malaysia, kita bukan saja meraikannya bersama sesama umat Islam, tetapi kesempatan ini juga diambil untuk mengeratkan semula silaturrahim antara rakan berbilang bangsa.
Dalam sebuah video yang viral di media sosial, ramai tertarik dengan kemurahan hati seorang lelaki berbangsa Cina yang memberi duit raya RM100 seorang kepada anak dan cucu kepada sahabat baiknya berbangsa Melayu yang datang berkunjung.
Menitip di ruangan komen, netizen berkongsi rasa seronok melihat kemurahan hati ‘Uncle’ sehingga video ini menjadi tular di media sosial.
Selain itu, ramai turut mengagumi persahabatan mereka melambangkan ciri masyarakat majmuk di Malaysia.
Lebih terharu, difahamkan persahabatan mereka telah terjalin lebih 30 tahun.
Netizen turut kagum dengan penampilan Uncle yang cukup bersederhana.
Apapun, memang terpancar keceriaan dan kemesraan kedua-dua keluarga walaupun berbeza adat dan agama!
Semoga semangat ini menjadi tauladan buat kita agar sentiasa bertoleransi dan saling menghargai persahabatan dalam negara berbilang bangsa.
Selamat Hari Raya!