in

Maxis Dengan Kerjasama MAHB Bakal Jadikan KLIA Rangkaian 5G

ADVERTISEMENT

Rangkaian 5G bukanlah sesuatu yang baharu, di negara jiran serantau telahpun memulakan pemasangan rangkaian 5G di negara masing-masing. Di Malaysia, pengenalan rangkaian 5G fasa satu di Malaysia akan bermula penghujung tahun ini.

ADVERTISEMENT

Antara bandar awal yang akan mendapat merasai rangkaian 5G ini ialah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya. Namun begitu pemasangan terawal ini akan dimulakan di pintu masuk utama negara iaitu di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Maxis dengan kerjasama Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) bakal menjadikan KLIA sebagai lapangan terbang digital 5G pertama di Malaysia.

Di bawah inisiatif pendigitalan Airport 4.0, Maxis akan menguruskan sistem WiFi dan 5G di KLIA yang bakal dimanfaatkan oleh bukan sahaja oleh penumpang tetapi juga penyewa di lapangan terbang ini.

Selepas KLIA, KLIA2 juga turut bakal menerima manfaat daripada inisiatif pendigitalan Airport 4.0 ini. Sistem yang sama akan dipasang di KLIA2 membolehkan pengguna malayari internet dengan pantas semasa berada di lapangan terbang.

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Iphone Kini Boleh Ber-FaceTime Dengan Pengguna Android Dan Windows

Cara Bersihkan Tompok Air Pada Sofa, Guna Magic Sponge RM2 Je