Ibu Bunuh Anak Sendiri Selepas Solat Subuh, Mengaku Ingin ‘Selamatkan’ Mereka

Sikap ceria seorang wanita Indonesia, Kanti Utami (KU) selepas membunuh anaknya seusai solat Subuh membuatkan orang ramai di negara itu berasa ngeri.

Dalm kejadian tersebut, seorang ibu berusia 35 tahun didapati telah membunuh anak perempuannya yang berusia 7 tahun dengan mengelar lehernya, manakala 2 lagi anaknya, berusia 5 dan 10 tahun turut mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan leher.

Menurut polis di Daerah Tonjong, Kabupaten Brebes, Jawa Timur, kira-kira jam 4:30 pagi Ahad, penduduk tempatan bergegas ke rumahnya apabila mendengar jeritan dari rumah milik suspek berkenaan.

Penduduk tempatan akhirnya berjaya memecah masuk pintu hadapan yang terkunci dan mendapati salah seorang anaknya, berusia 7 tahun, telah dikelar lehernya.

Dua lagi anaknya, berumur 10 dan 5 tahun, terselamat daripada kecederaan yang sama berjaya diselamatkan dan kini dirawat ke Rumah Sakit Aminah Bumiayu.

“Mangsa mempunyai luka berukuran 12 sentimeter panjang dan 5 sentimeter dalam di sebelah kiri leher. Dua lagi mengalami luka di leher, rahang dan dada,” kata Ketua Polis Tonjong M Yusuf semalam sambil menambah suspek menggunakan pisau untuk mencederakan anak-anaknya.

Mengaku Ingin ‘Selamatkan’ Anak

Berita yang mengejutkan dan ngeri itu juga telah mendorong orang ramai agar lebih peka terhadap kesiatan mental dan depresi, terutamanya selepas sebuah video menjadi viral di media sosial.

Dalam video berkenaan, wanita tersebut yang kelihatan berada di belakang jeriji besi mengaku ‘tidak gila’ dan hanya mahu menyelamatkan anak-anaknya.

“Saya gak mau anak-anak sakit, hidup susah kayak saya. Saya ingin menyelamatkan anak saya biar gak hidup susah. Cara menyelamatkan mereka ya biar mereka mati,” katanya

(“Saya mahu menyelamatkan anak-anak saya supaya mereka tidak bergelut dalam hidup. Mereka tidak perlu berasa sedih. Mereka terpaksa mati supaya mereka tidak menjadi sedih seperti saya.”)

Dia juga juga mengungkapkan kesedihannya yang ingin disayangi oleh suami dan ibunya kerana sejak kecil merasa hidup susah dan selalu dikurung.

“Saya mahu disayangi suami, tetapi suami sering tidak bekerja. Saya tidak boleh terima suami saya di luar kontrak dan tidak bekerja lagi,” kata KU dalam video itu.

Dia juga difahamkan mengalami kesempitan ekonomi dan berkata suaminya sering menganggur.

Difahamkan wanita tersebut bekerja sebagai make-up artist (MUA) manakala suaminya merantau di Jakarta bekerja sebagai sekuriti.

Reaksi Jiran Tetangga

Sumarti (85), salah seorang warga setempat, mengaku tak menyangka atas kejadian ini kerana pelaku, KU (35), dikenal sebagai seorang yang pendiam dan sayangkan anak-anaknya.

Mereka juga tidak pernah mendengar pelaku memarahi anak-nanaknya.

Berikutan penahanan KU, video yang diambil mengenainya dalam tahanan polis telah tersebar, di mana dia nampaknya tidak menunjukkan penyesalan atas tindakannya.

Polis masih belum mengumumkan secara rasmi pertuduhan terhadap KU, yang sedang menjalani penilaian untuk menentukan keadaan mentalnya. Di bawah undang-undang Indonesia, pembunuhan kanak-kanak bawah umur boleh dihukum sehingga 15 tahun penjara, dengan hukuman itu berpotensi dinaikkan sebanyak satu pertiga daripada tempohnya jika pembunuh itu adalah ibu bapa/penjaga kanak-kanak itu sendiri.

Terdapat beberapa pembunuhan kanak-kanak yang sama mengejutkan di Indonesia pada masa lalu, di mana kesempitan ekonomi disebut sebagai punca utama di sebalik jenayah itu.

Dalam satu kes yang sangat mengejutkan pada 2006, seorang wanita di Bandung, Jawa Barat membunuh tiga anaknya ketika dia dan suaminya bergelut untuk meletakkan makanan di atas meja.

Sumber: Kompas.com, TheIndonesiaSuara.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: