in

3 Kategori Kompaun PKP 2021 & Kadar Pengurangan Yang Ditetapkan

nilai kompaun pkp 2021
ADVERTISEMENT

Setelah kompaun RM10,00 menjadi isu dan diutarakan ramai, kerajaan telah membuat perincian kompaun PKP 2021 dengan menetapkan kesalahan individu kali pertama adalah RM1,500.

Perincian ini dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) membuat kajian dan cadangan serta membentangkannya kepada Kabinet hari ini, kerajaan memutuskan supaya apa-apa kesalahan dibawah Akta 342 terdiri daripada tiga kategori.  

3 Kategori Kompaun PKP 2021

Kadar kompaun PKP 2021 kini tertakluk kepada 3 Kategori seperti berikut:

Kategori 3 (normal)

Melibatkan kesalahan yang boleh menyebabkan risiko jangkitan Covid-19 yang rendah dan tiada kesan langsung kepada penularan dalam komuniti

Contoh:

  • Tidak pakai pelitup muka
  • Tidak daftar / Scan QR sebelum masuk premis
  • Tidak patuhi penjarakan fizikal

Kategori 2 (sederhana)

Melibatkan kesalahan yang menyebabkan risiko tinggi namun tidak memberi impak jangkitan Covid-19 kepada komuniti.  

Menurutnya, bagi kesalahan kategori sederhana antaranya ada pergerakan masuk ke kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan kompaun RM3,000

“Enggan mematuhi apa-apa arahan dikeluarkan pegawai yang diberi kuasa (RM5,000) dan kengganan seseorang yang dijangkiti Covid-19 untuk dipindahkan atau ditahan (RM5,000).  

“Enggan mematuhi arahan di kawasan PKP boleh dikompaun RM4,000 dan enggan memberi maklumat dikehendaki berkenaan pencegahan dan kawalan Covid-19 RM4,000 untuk individu syarikat RM20,000.  

Kategori 1 (tinggi)

Melibatkan kesalahan yang menyebabkan risiko penularan yang tinggi atau memberi impak jangkitan Covid-19 kepada komuniti pada skala besar.  

Bagi kesalahan kategori tinggi, antaranya adalah pengamal perubatan tidak memberikan notis dalam borang yang ditetapkan dibawah peraturan tentang wujudnya penyakit berjangkit dan kompaun dicadangkan RM50,000.  

“Bagi kesalahan memasuki atau berada di pusat hiburan jika individu akan dikenakan kompaun maksimum RM10,000 dan peniaga atau pemilik premis pula dikenakan RM50,000,” katanya.  

Kompaun pkp 2021

Nilai dan kadar pengurangan kompaun bagi kesalahan yang boleh dikompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Kompaun pkp 2021

Kategori 1: Kesalahan yang menyebabkan risiko penularan yang tinggi atau memberi impak jangkitan COVID 19 kepada komuniti pada skala yang besar.

Kategori 2: Kesalahan yang menyebabkan risiko penularan yang tinggi namun tidak memberi impak jangkitan COVID 19 kepada komuniti

Kategori 3: Kesalahan menyebabkan risiko penularan jangkitan COVID-19 yang rendah dan tiada kesan langsung kepada penularan dalam komuniti.

Diskaun / Kadar Pengurangan Kompaun

Jika dibayar dalam tempoh seminggu akan mendapat diskaun 50 peratus iaitu RM750.

Jika dibayar dalam tempoh 2 minggu diskaun diberi 25 peratus.

Jika tidak dibayar dalam tempoh 2 minggu, tiada tawaran diskaun diberikan.

Tiada pengurangan kompaun diberikan jika individu terbabit melakukan kesalahan yang berulang.

Baca juga: Bantuan Hingga RM500,000 Jika Ada Kesan Sampingan Serius Vaksin COVID19

Rayuan Kompaun:

Bagi mereka yang tidak mampu untuk bayar tetapi melalukan kesalahan oleh membuat rayuan dengan dokumen sokongan yang berkaitan seperti:

  • Golongan B40 (Miskin, Pengemis)
  • Golongan OKU
  • Pelajar

*Sumber: KKM

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kren Jatuh: ‘Bunyi Berdentum Macam Guruh’, 3 Disahkan Maut, 1 Parah

Bantuan Hingga RM500,000 Jika Ada Kesan Sampingan Serius Vaksin COVID19