Senarai Urusniaga JPJ Yang Diberi Pelanjutan Khas Sepanjang PKP 3.0
PELANJUTAN KHAS BAGI URUSNIAGA JPJ YANG TERKESAN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PEGERAKAN 3.0 (PKP 3.0)
Selaras dengan arahan Kerajaan bagi penangguhan sementara operasi urus niaga dan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bermula 1 Jun 2021, arahan pengoperasian semula perkhidmatan kaunter JPJ telah berkuatkuasa, bermula 1 Julai 2021 yang lalu.
Pengoperasian kaunter ini adalah bersandarkan kepada ketetapan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sementera itu, semua agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia termasuk JPJ, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), serta PUSPAKOM membuka kaunter perkhidmatan hanyalah bagi urusan yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian dengan kapasiti petugas kaunter tidak melebihi 50%.
Kaedah pelaksanaannya pula adalah secara temu janji berjadual.
Sila rujuk cara buat temujanji berjadual JPJ: Permohonan Temujanji Online JPJ Negeri / Cawangan (Mulai 1 Julai)
Sehubungan itu, bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas, maka Ketua Pengarah JPJ telah memutuskan Pelanjutan Khas diberikan kepada beberapa urusniaga yang tidak dapat dilaksanakan pada mana-mana tarikh antara tempoh masa 1 Jun 2021 sehingga 31 Julai 2021, adalah seperti berikut:
(Sila rujuk jadual di bawah)
Senarai Urusniaga JPJ Yang Diberi Pelanjutan Khas Sepanjang PKP 3.0
Bagi memudahkan urusan, orang ramai juga digalakkan menggunakan perkhidmatan JPJ secara online.
Sila rujuk panduan berikut:
- MySikap JPJ: Panduan Daftar Pengguna Kali Pertama Tanpa Ke Kaunter
- mySIKAP: Cara Renew Lesen JPJ Online & Roadtax Tanpa Ke Kaunter
- Panduan Tukar Hak Milik Kenderaan Online (MySikap JPJ)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat terkini, sila ikuti Facebook JPJ melalui pautan Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
Anda juga boleh mengajukan soalan kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui saluran berikut:
- Aduan/Pertanyaan (SISPAA)
- [email protected]
- [email protected]
- Nombor telefon: +60 3 8000 8000 (Umum)
- https://www.jpj.gov.my/
Jabatan Pengangkutan Jalan
Aras 3-5, No. 26,
Jalan Tun Hussien, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 WP Putrajaya