Krismas 2023: Tarikh Cuti Umum & Cuti Sekolah Disember
Krismas 2023: Tarikh Cuti Umum & Cuti Sekolah Disember 2023
Bulan Disember adalah merupakan bulan terakhir menandakan tahun 2023 bakal melabuhkan tirainya.
Pada bulan ini, sambutan perayaan Krismas dan sambutan tahun baru menjadi salah satu ‘highlight’ utama.
Tarikh cuti umum dan cuti sekolah yang panjang juga ditunggu-tunggu oleh para pelajar, ibu bapa serta semua rakyat Malaysia.
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: Cuti Sekolah 2024 – Takwim & Jadual Sesi Persekolahan KPM 2024 / 2025
Tarikh Cuti Krismas 2023
Hari Krismas atau Hari Natal adalah merupakan hari perayaan untuk penganut Kristian bagi memperingati kelahiran Jesus.
Sehubungan dengan itu, ia menjadi cuti umum dan hari kelepasan am untuk Malaysia dan juga beberapa negara lain yang menyambutnya pada setiap tahun.
Tarikh cuti Krismas di Malaysia pada setiap tahun jatuh pada 25 Disember.
Tahun 2023, cuti umum tersebut jatuh pada hari Ahad. Maka cuti umum ini akan dibawa ke hari Isnin.
Walaupun penganut Protestan dan Katolik merayakan pada 25hb Disember, banyak negara dan sektor agama mungkin memilih untuk menerima tempoh perayaan pada hari yang berbeza mengikut Kalendar Julian.
Cuti Sekolah Disember 2023
Cuti Sekolah untuk bulan Disember pula bakal bermula pada 16 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024. Ini merupakan cuti sekolah untuk penggal yang ketiga.
Rujuk kalendar akademik di bawah:
Selamat bercuti!
Sumber: https://www.moe.gov.my/images/kpm/takwim/LAMPIRAN_A_B_DAN_C.pdf
Idea Hadiah Krismas
1. Kad Ucapan 3D
Berikan ucapan selamat kepada insan tersayang anda melalui kad ucapan 3D yang kreatif dan menarik. Selain harganya yang mampu milik, ia juga boleh disimpan lama sebagai kenangan.
2. Cawan
Cawan bermotifkan Krismas juga satu idea yang menarik untuk diberikan sebagai hadiah. Ia boleh digunakan untuk minum ataupun sebagai perhiasan semasa sambutan Krismas.
3. Tuala
Selain cawan, tuala bermotifkan Krismas juga tidak kurang menariknya untuk dijadikan sebagai hadiah kepada ahli keluarga. Harganya pun tidak terlalu mahal dan mampu milik. Sesuai sekiranya anda nak beli banyak untuk bagi seluruh keluarga.
4. Hamper Makanan
Jika anda ingin mencari makanan sebagai hadiah, anda boleh pertimbangkan untuk membeli hamper makanan.
5. Duit
Sekiranya anda dah pening kepala tak tahu nak beli apa atau tak sempat nak cari hadiah apa, apa kata anda berikan sejumlah duit di dalam sampul sebagai hadiah. Siapa je tak suka duit kan?
Akhir kata, selamat menyambut perayaan Hari Natal!