Air Asia Tawar 30% Tiket Diskaun Untuk Ke Sarawak

Bersempena dengan pembukaan semula perjalanan antara negeri ke Sarawak, AirAsia menawarkan 30 peratus tiket diskaun untuk semua penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu.

Keputusan pembukaan semula sempadan Sarawak dibuat sebagai langkah ke tahap berikutnya dalam Rancangan Pemulihan Nasional dan ditambah dengan peningkatan kadar vaksinasi yang tinggi di negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, AirAsia akan terus bekerjasama dengan semua pihak terutamanya pihak kerajaan persekutuan dan negeri dalam memastikan setiap SOP dikuatkuasakan.

Beliau menambah lagi, keputusan pembukaan semula sempadan ini adalah tepat pada masanya untuk menyambung semula kegiatan perjalanan dan pelancongan di negeri Sarawak.

Baca juga: 45 Homestay & Chalet Dengan Private Pool di Melaka

Tentang keselamatan, beliau memaklumkan hanya pekerja yang lengkap vaksinasi sahaja yang akan mengendalikan penerbangan dan bertugas di terminal lapangan terbang.

Manakala AirAsia juga hanya akan menerima tetamu yang lengkap vaksin sepenuhnya sahaja di dalam penerbangannya bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan semua tetamu dan pekerjanya di tahap tertinggi.

Baca juga: 78 Tempat Menarik Sekitar KL / Selangor / Putrajaya

Selain itu, para pengunjung digalakkan untuk menggunakan e-Boarding Pass sewaktu melewati proses pelepasan dan menaiki lapangan terbang. Ini secara tidak langsung, dapat mengurangkan interaksi fizikal dan dapat mengurangkan penyebaran Covid-19.

Bagi yang bercadang untuk ke Sarawak boleh menempah melalui Airasia Super App dengan mengklik ikon ‘Flights’ dari sekarang hingga 24 Oktober 2021, untuk perjalanan dari 25 Oktober 2021, hingga 31 Mei 2022.

Anda boleh melayari laman web AirAsia untuk tempahan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: