Lelaki Ini Nekad Jalan Kaki Dari England Ke Mekah Untuk Tunai Haji
Lelaki Ini Nekad Jalan Kaki Dari England Ke Mekah Untuk Tunai Haji
Bagi merealisasikan impiannya untuk mengerjakan haji, seorang lelaki nekad menempuh pengembaraan panjang bermula dari ke England ke Mekah bagi melaksanakan ibadah haji.
Berita ini dilaporkan portal berita Brimingham Mail Rabu lalu.
Adam Mohammed, 52, telah memulakan misi sepanjang 6,437 kilometer tersebut sejak 2 Ogos lalu, bermula dari kediamannya di Wolverhampton dan merancang untuk tiba di sana sebelum musim haji menjelang tahun 2022.
Bagi memuatkan bekalan sepanjang perjalanannya, bapa kepada dua orang anak ini telah mencipta sebuah troli besi seberat 250 kilogram yang dijadikan tempat tidur, beristirehat dan makan.
Langkahnya mungkin agak mencabar di mana dia perlu sentiasa menolak troli tersebut di semua lokasi, sama ada di jalan raya, jalan tanah, laluan bandar dan sebagainya.
Baca juga: Pulau Peranginan Utama Dijangka Bakal Dibuka September Ini
Bagi menaikkan semangatnya, Adam turut menggantung bendera kain putih sebagai simbolik pakaian ihram bagi ibadah haji yang bakal dijalaninya tahun depan.
Troli besi tiga roda itu dipasang pelekat yang tertulis, “Perjalanan yang aman dari UK ke Mekah dengan jalan kaki”, disusuli gambar bendera England, Arab Saudi dan Ka’abah.
Sepanjang dua minggu perjalanannya setakat ini, dia telah melewati beberapa hentian seperti bandar Bedford, Northampton dan Cambridge Central Mosque.
Disebabkan kegigihannya yang mahu melaksanakan Rukun Islam kelima itu sangat menginspirasikan, Adam mula menjadi perhatian pihak media serta netizen di media sosial.
Segala perkembangan terkini mengenai misi itu akan dikongsikan menerusi akaun TikToknya, @peacejournyfromuktomecca yang kini sudah diikuti lebih 467,000 pengikut.
Menerusi video yang telah dikongsikan oleh Adam di Tiktok, kelihatan beliau sedang bersedia untuk memulakan perjalanannya, ditemani ramai kenalan dan pihak media.
Kisahnya yang mendapat liputan meluas itu menyebabkan ramai pihak mudah mengenalinya. Adam akan berhenti di beberapa buah tempat tempat bagi melawat pihak-pihak tersebut sebagai ziarah.
Walaupun misinya ini merupakan pengembaraan solo, namun terdapat ramai pihak yang sudi membantu membawakan trolinya yang berat itu, termasuklah pihak polis dan lori penunda.
Di samping itu, sebuah tabung sumbangan khas di bawah Gofundme dilancarkan bagi membantu menampung segala kos perjalanannya dan jumlah terkumpul setakat ini adalah RM116,000.
Sumber: brimighammail.co
Baca juga: Ini SOP & Tips Menginap Di Hotel Yang Anda Perlu Ikut Selepas Tamat PKP