10,000 Baucar Pelancongan Untuk Warga Selangor Oktober Ini, Boleh Guna Serta Merta
Setelah sekian lama kita semua perlu menghadapi fasa kawalan pergerakan, siapa sahaja yang tidak rindukan suasana yang damai di lokasi-lokasi peranginan di negeri Selangor?
Tambahan pula setelah lama terperuk susulan Perintah Kawalan Pergerakan, peluang melancong dalam negeri amat bermakna.
Setidak-tidaknya dapatlah meleraikan kekusutan dan menenangkan minda.
Baca juga: Pulau Pangkor, Pulau Redang, Pulau Tioman Dan Pulau Perhentian Akan Dibuka Dalam Masa Terdekat!
Bagi anda yang tinggal di Selangor bolehlah memanfaatkan Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 yang bakal dilancar 1 Oktober ini untuk tujuan itu.
Baucar berkenaan boleh digunakan untuk penginapan hotel, taman tema dan inap desa berlesen.
Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asal, Hee Loy Sian berkata baucar pelancongan percuma sebanyak 10,000 bernilai RM100 itu hanya boleh didapati di platform e-dagang Shopee.
Lebih menarik, baucar tersebut boleh digunakan serta merta bagi merancakkan lagi industri pelancongan di negeri itu.
Difahamkan, Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 membabitkan peruntukan sebanyak RM1 juta.
Sebelum ini menerusi Baucar Pelancongan Negeri Selangor 1.0, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2 juta yang diagihkan kepada umum pada Januari lalu melalui Lazada dan Touch ‘n Go e-wallet.
Pada 18 Disember tahun lalu, kerajaan negeri Selangor melancarkan program Penebusan Subsidi Baucar Pelancongan bernilai RM200 setiap satu.
Ia membabitkan 10,000 baucar untuk menginap di hotel, taman tema dan inap desa berlesen.
Sumber: Selangorkini
Baca juga: Rupanya Boleh Mandi Pantai Di KL! Ini 25 Aktiviti Menarik Di Philea Mines Beach Resort