Diskaun Tiket & Hotel Legoland 50% Sempena Pembukaan Semula 12 Mac Ini
PROMOSI TERKINI : DISKAUN TIKET & HOTEL LEGOLAND SEHINGGA 50% DALAM TEMPOH PKPB INI
Dengan berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Johor, SEA LIFE Malaysia dan Hotel LEGOLAND akan dibuka semula dari 11 Mac, sementara Taman Tema dan Taman Air LEGOLAND akan dibuka semula dari 12 Mac dan seterusnya.
Penduduk Johor terutamanya yang dah lama terperap di rumah dalam tempoh PKPB ini bolehlah merancang percutian dalam negeri di Legoland.
Dengan diskaun hebat ini, pengunjung dapat menikmati pelbagai tawaran menarik yang jarang-jarang diadakan tau!
Nak tahu apa diskaun yang menarik yang ditawarkan?
Antaranya promosi penginapan di Hotel Legoland dengan harga RM499 beserta sarapan untuk 5 orang!
(Tempoh penginapan hingga 21 Mac 2021)
Ada juga promosi tiket masuk Beli 1 Percuma 1.
(Tempoh sah tiket hingga 30 September 2021)
Menarik kan?
Apapun, pastikan anda membuat tempahan awal dan ambil maklum tarikh pembukaan serta waktu operasi mereka dalam tempoh PKPB ini.
Baca juga: Senarai Pawagam Yang Dibuka Mulai 5 Mac. SOP & Filem Terkini
Untuk membuat tempahan dengan diskaun Legoland yang berbaloi-baloi ni, terus saja ke pautan berikut: https://www.legoland.com.my/tic…/day-tickets/offers-deals/
Anda juga boleh mendapatkan promosi terbaru Legoland beserta SOP terkini dan jadual pembukaan di laman web rasmi tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Legoland di https://www.legoland.com.my/ untuk merancang perjalanan anda.