Wayang Dah Buka! Ini SOP & Filem Terkini Yang Akan Ditayangkan

SOP Panggung Wayang, Senarai Pawagam Yang Kembali Beroperasi Mulai 19 September & Senarai Filem Yang Bakal Ditayangkan Bermula 19 September 2021

Panggung wayang dibenarkan beroperasi mulai 9 September, Khamis ini dengan 50% kapasiti di ruang dewan tayangan pawagam.

Perkara ini diumumkan oleh PM DS Ismail Sabri menurut sebuah kenyataan media khas yang memberi kelonggaran kepada industri seni dan kreatif.

Walaubagaimanapun, buat masa ini hanya kepada individu yang telah lengkap vaksin dibenarkan memasuki pawagam.

Tambah beliau semua penggiat industri kreatif yang telah lengkap dua dos vaksin akan dibenarkan untuk kembali bergiat di negeri-negeri yang berada dalam Fasa 1 PPN.

Senarai Pawagam Yang Dibuka

Secara umumnya, semua pawagam dibenarkan beroperasi bermula 9 September, namun pembukaan sesetengah cawangan adalah secara berperingkat.

Berikut adalah antara senarai pawagam yang akan dibuka mulai 16 September 2021.

Bagi TGV pula, difahamkan semua pawagam mereka akan beroperasi mulai 23 September 2021.

sop wayang

SOP Pawagam / Panggung Wayang Terkini

Buat masa ini panggung wayang hanya dibuka kepada individu yang telah lengkap vaksin.

Aktiviti panggung wayang kepada individu yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan tayangan pawagam.

Manakala bagi mengelakkan kesesakan, pengunjung digalakkan untuk membuat pembelian tiket secara online.

Baca juga: PPN: SOP Terkini & Sektor Yang Dibenarkan Beroperasi Di Fasa 1, 2, 3, 4

Terkini: Senarai Filem Yang Akan Ditayangkan

GSC telah memuatnaik antara filem yang akan ditayangkan seperti berikut:

  1. Those Who Wished Me Dead
  2. Spiral – From The Book Of Saw
  3. 77 Heartwarmings
  4. My Love
  5. Great White
  6. Friendship
  7. Thalaivii
  8. Kodival Oruvan
  9. Fate / Grand Order

Mesti dah ramai yang teruja kan?

Ada lagi senarai filem yang bakal menyusul. Jom tengok list di bawah beserta release date di Malaysia:

filem terkini
filem terkini oktober 2021

Ini pula senarai filem yang bakal ditayangkan di TGV mulai 23 September 2021:

sop wayang
sop wayang

Baca juga: Senarai Homestay Di Selangor / KL / Putrajaya Dengan Private Pool (Terkini)

Tempahan tiket wayang akan dibuka secara online dalam masa terdekat ini melalui laman web mereka.

Nak dapatkan tiket wayang sila ke laman web rasmi mereka melalui pautan beirkut:

Untuk update terkini, sila follow TGV & GSC untuk update terkini di media sosial Facebook, Twitter dan IG.

Apapun, jangan lupa patuhi SOP ok!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: