in

Bank Rakyat Umum Dividen 13% Bagi Tahun Kewangan 2020 (2021)

ADVERTISEMENT

DIVIDEN BANK RAKYAT 2021

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen 13 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 berbanding 14 peratus pada tahun sebelumnya.

ADVERTISEMENT

Jumlah dividen itu membabitkan pembayaran sebanyak RM373.36 juta kepada 834,302 anggotanya. Dividen itu akan dikreditkan kepada anggotanya bermula hari ini.

Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata walaupun kadar dividen Bank Rakyat 2020 / 2021 itu berkurangan satu peratus berbanding 2019, Bank Rakyat kekal mencatatkan pemberian dividen dua angka sejak 22 tahun lalu.

Baca juga: Cara Print & Isi Borang Poslaju Online (e-Connote/e-Konsainan)

Dividen bank rakyat 2021

Beliau berkata, bank itu berjaya mencatatkan prestasi kewangan yang kukuh meskipun berdepan persekitaran mencabar dicetuskan COVID-19.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan dividen Bank Rakyat dan prestasi kewangan kumpukan Bank Rakyat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 hari ini.

Bagi tahun kewangan itu, Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat RM1.44 bilion dan keuntungan bersih RM1.38 bilion.

Sumber: Berita Harian

*Info penuh: https://www.facebook.com/myBANKRAKYAT/

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

waktu standard malaysia

Waktu Standard Malaysia : Semakan Ketepatan Jam Anda (SIRIM MST)

rentas negeri

Rentas Negeri Masih Tak Dibenarkan, Kedai Makan Boleh Beroperasi Hingga Sahur