Biodata Imran Aqil, Suami Dahlia Rizal – Seorang Penyampai Radio, Personaliti TV

Biodata Imran Aqil, Suami Dahlia Rizal ~ Baru-baru ini, nama Imran Aqil menjadi sorotan setelah melangsungkan perkahwinan bersama seorang pempengaruh media sosial jelita iaitu Dahlia Rizal. 

Mereka telah selamat diijabkabulkan pada Sabtu, 9/9/23 selepas setahun mengikat tali pertunangan. 

Dalam majlis yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan namun, nilai wang hantaran dirahsiakan.

Bagi yang belum mengenali jejaka yang kini menjadi suami kepada Dahlia Rizal ini, jom baca perkongsian di bawah. 

Biodata Imran Aqil

  • Nama Penuh : Mohammad Imran Aqil bin Mohd Salehuddin
  • Nama Komersial : Imran Aqil
  • Tarikh Lahir : 26 November 1999
  • Umur : 24 tahun (2023)
  • Tempat Asal: Tapah, Perak, Malaysia
  • Keluarga : Nabil Aqil (abang), Syafiq Kyle (bapa saudara)
  • Isteri : Nur Dahlia Ahmad Rizal (Dahlia Rizal)
  • Kelulusan : Politeknik Sultan Idris Shah (Jurusan Kejuruteraan Komputer Elektronik)
  • Pekerjaan : DJ Radio, Pelakon, Influencer, Model
  • Instagram : @ijeebster

BACA JUGA: Abby Abadi Diterpa Kontroversi Baru? – Biodata Suami & Anak

Latar Belakang & Perjalanan Karier

Nama Imran Aqil mula terkenal apabila beliau dipilih untuk menyertai Pencarian Hero Remaja pada tahun 2020. Tambahan pula, beliau juga merupakan adik kepada peserta Hero Remaja 2017 iaitu Nabil Aqil.

Setelah tamat program Hero Remaja 2020, Imran mendapat banyak tawaran lakonan contohnya seperti Budak Tebing 2, Adnan Runner, Lelaki Lingkungan Cinta serta lakonan dalam filem Dendam Penunggu dan drama podcast bersiri iaitu Bisikan Kerajaan Langit.

Dengan bakat yang dimilikinya, Imran juga berjaya menceburi bidang penyampaian radio. Beliau telah berjaya diumumkan sebagai wajah baru penyampai Hot FM pada Ogos 2021.

Beliau diberi kepercayaan untuk mengisi slot Hot Flix pada setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 malam sehingga 12.00 tengah malam.

Segmen tersebut memfokuskan pendengar generasi muda dan padat dengan kandungan yang tepat dengan minat mereka seperti perkongsian mengenai selebriti, pemain video dan personaliti media sosial.

Popularitinya semakin bertambah apabila beliau telah mengumumkan status sebagai pasangan kepada Dahlia Rizal. Dua sejoli ini sering berkongsikan perkembangan serta aktiviti santai yang dilakukan bersama buat para peminat mereka di media sosial.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: