in

Semakan Rayuan BKSS Bujang & KIR B40: Bayaran Mulai Disember 2020

semakan rayuan bkss

Kerajaan negeri meluluskan 122,000 permohonan rayuan BKSS (Bantuan Khas Sarawakku Sayang) yang memenuhi kriteria daripada kategori ketua isi rumah (KIR) dan individu bujang B40 dengan jumlah peruntukan RM143 juta.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang prihatin dengan masalah rakyat telah membuka ruang untuk mereka yang tercicir daripada bantuan ini untuk membuat rayuan BKSS yang diterima pada tarikh tutup 31 Mei 2020 lalu. 

Perkara ini diumumkan melalui ucapan penggulungan Belanjawan Sarawak 2021 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Jumaat, 13 November 2020.

Jumlah Bayaran Rayuan BKSS Yang Akan Diterima

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bagi 82,000 ketua isi rumah akan menerima RM250 setiap bulan selama enam bulan.

Kata beliau, sebahagian pembayaran akan dibuat dalam tahun ini dan selebihnya pada tahun hadapan.

“Saya dengan sukacitanya mengumumkan bayaran khas RM250 sebulan untuk tempoh enam bulan kepada 82,000 ketua isi rumah B40 yang telah berjaya dalam rayuan.”

“Manakala 40,000 individu bujang B40 yang berjaya dalam rayuan akan dibayar secara one-off RM500. Pembayaran akan dibuat pada bulan Disember 2020,” menurut beliau menerusi laporan Utusan Borneo.

Jelas Abang Johari, insentif BKSS itu merupakan bantuan tertinggi kerajaan negeri dan kedua terbesar selepas Bantuan Prihatin Nasional.

Baca juga: Bantuan Prihatin Rakyat: Daftar Sebelum Hujung Januari 2021

Jumlah & Tarikh Pembayaran

Pembayaran RM500 secara one-off BKSS bagi individu bujang akan dibuat pada bulan Disember 2020.

Pembayaran RM250 selama 6 bulan bagi Ketua Isi Rumah akan dibuat sebahagiannya dalam tahun ini dan selebihnya pada tahun hadapan.

Cara Semakan Status Rayuan BKSS

Semakan Bantuan Sarawakku Sayang boleh dibuat secara online dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut:

  • Layari laman web rasmi BKSS di portal berikut https://www.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad)
  • Pastikan anda tidak masukkan simbol sempang (-) atau dash
  • Tekan butang Submit
  • Status kelulusan anda akan tertera pada layar skrin

Baca juga: SIP PERKESO: Cara Mohon Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) Jika Anda Diberhentikan

Maklumat Lanjut

Sila hubungi nombor berikut untuk pertanyaan:

Talikhidmat – Tel: 082-555 999 / e-mail: [email protected]

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sip perkeso

SIP PERKESO: Cara Mohon Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) Jika Anda Diberhentikan

sop masjid dna surau pkpb

“Saya Boleh Buat SOP Apa Saja, Tapi Tidak Kepada Masjid”, DS Ismail Sabri