in

SPPMTD: Permohonan Tentera Darat 2021 Dibuka Dari 10-30 Jun

sppmtd permohonan tentera darat 2021
ADVERTISEMENT

PERMOHONAN PENDAFTARAN TENTERA DARAT 2021

Dimaklumkan bahawa Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 194 dan Wanita Siri 47 Tahun 2021 kini dibuka.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang permohonan Tentera Darat 2021 ini.

Apakah Tentera Darat Malaysia?

Angkatan Tentera Darat merupakan cabang perkhidmatan pertahanan di bawah naungan Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan.

Sejarah Tentera Darat Malaysia bermula dengan usaha untuk menubuhkan satu pasukan pertahanan yang dianggotai oleh anak-anak Melayu.

Usaha ini bermula semenjak tahun 1902 lagi. Banyak perbincangan oleh Raja-Raja Melayu dan Penasihat-Penasihat British telah dijalankan bagi mengujudkan pasukan ini. Dalam tahun 1913 Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, Almarhum DYMM Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan dan Allahyarham Undang Rembau, Datuk Abdullah bin Haji Damad telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan Askar Melayu.

Syarat Permohonan

SYARAT ASAS

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 -25 tahun
  3. Penglihatan : Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap, tidak rabun warna
  4. Pendengaran: Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
  5. Fizikal: Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi
  6. Taraf Kesihatan: Sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan
  7. Tiada Kesalahan Sivil dan Dadah

RUJUK SYARAT FIZIKAL, KELAYAKAN AKADEMIK & SYARAT KHUSUS DI SINI: http://mims.mod.gov.my/sppmtd/

Cara Permohonan Tentera Darat 2021 Online Melalui SPPMTD

Permohonan awal adalah melalui pendaftaran secara atas talian (online registration) melalui Sistem Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat (SPPMTD) di

Portal Rasmi Tentera Darat

Portal Jom Masuk Tentera – Perajurit Muda (Darat)

Cara Memohon, Syarat Asas, Syarat Fizikal dan Kelayakan Akademik boleh dirujuk di paparan utama Sistem Pengambilan Perajurit Muda TD (SPPMTD).

Pemohon digalakkan menggunakan Komputer atau Laptop untuk pendaftaran atas talian. Pemohon juga perlu memuat naik (upload) dokumen dan gambar dalam format pdf dan png/jpeg.

Pemohon perlu memastikan dokumen dan gambar yang dimuat naik (upload) terang dan jelas.

Maklumat yang kurang jelas atau tidak tepat akan menyebabkan permohonan anda ditolak atau dibatalkan.

Baca juga: MySikap JPJ: Panduan Daftar Pengguna Kali Pertama Tanpa Ke Kaunter

Tarikh Permohonan SPPMTD

Tarikh Pendaftaran Atas Talian pada : 10 Jun 2021.

Tarikh Tutup Permohonan pada : 30 Jun 2021.

Permohonan selepas tarikh tutup tidak diterima.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 017-6543 771 / 011-6331 2106 atau rujuk poster di bawah atau kunjungi Facebook Tentera Darat Malaysia

sppmtd permohonan tentera darat 2021

Baca juga: Tarikh Bayaran Pencen 2021 Untuk Pesara Kerajaan (Jadual Bulanan)

TENTERA DARAT MALAYSIA
Markas Tentera Darat, Sekretariat Tentera Darat,
Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR

Telefon: +603-2071 2304

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Senarai Bantuan Yang Diumumkan Dalam Pakej Kita Selangor 2.0

rayuan gkp 3.0

Keterangan Kod Tidak Lulus GKP 3.0 (RM1000) & Tarikh Rayuan