in

Pemohon Yang ‘Gagal Kredit’ GKP 1.0 Perlu Kemaskini Akaun Sebelum 14 November. Ini Caranya

gagal kredit gkp
ADVERTISEMENT

LHDN menggesa pemohon Geran Khas Prihatin 1.0 yang lulus tetapi status pembayaran adalah Gagal Kredit GKP untuk mengemas kini maklumat akaun bank mereka bermula 1 November sehingga 14 November 2020.

Pemohon tersebut boleh mengemas kini semula maklumat akaun bank di menu kemas kini akaun bank pada portal GKP di https://gkp.hasil.gov.my

ADVERTISEMENT

Gunakan Nombor Akaun Simpanan Peribadi

Dalam kenyataan bertarikh 31 Oktober itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, pemohon yang Gagal Kredit GKP perlu memastikan akaun bank yang dikemas kini adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon.

“Mereka juga boleh memberikan nombor akaun semasa peribadi dan bukan akaun bank semasa syarikat.

Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank selain daripada akaun bank yang telah didaftarkan pada permohonan GKP 1.0 sebelum ini, pemohon dikehendaki untuk membuat pengesahan dengan pihak bank berkaitan status aktif akaun bank tersebut dan akaun bank itu adalah Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan).

Baca juga: Cara Semak No Siri BPN 2.0 Bagi Status ‘Gagal Kredit’ & Tarikh Bayaran

Cara Kemaskini Maklumat Akaun GKP

Untuk mengemaskini maklumat akaun bank melalui portal GKP, sila ikuti langkah berikut:

  1. Pergi ke laman web https://gkp.hasil.gov.my
  2. Klik ‘Log Masuk’ di bahagian kanan atas.
  3. Isikan nombor kad pengenalan.
  4. Sahkan kod keselamatan.
  5. Isikan kata laluan.
  6. Kemaskini maklumat akaun bank yang betul.

Tarikh pembayaran semula ke akaun bank yang telah dikemas kini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Jika ada sebarang masalah sila isikan maklum balas di portal rasmi LHDNM turut disediakan di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/

Baca juga: KISS Selangor 2020/2021: Daftar Bantuan RM200 Sebulan Untuk Ibu B40

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan Geran Khas Prihatin (GKP) boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 03-8911 1100 (Luar Negara) serta di HASiL Live Chat.

Anda juga boleh menghantar sebarang pertanyaan melalui e-mel [email protected] untuk tindakan selanjutnya.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

semakan rayuan gkp 2.0

Tarikh Akhir Permohonan GKP 2.0 Pada 31 Oktober. Cepat, Ini Cara Apply!

apakah gelatin

Gelatin: Fungsi, Sumber & Jenama Gelatin Halal Di Malaysia Yang Disahkan Oleh JAKIM