Permohonan TUNS Dan TUNS Plus 2022 (Bantuan Hingga RM15,000)
Permohonan TUNS Dan TUNS Plus Di Buka Semula Untuk Tahun 2022
Berita baik untuk para usahawan, anda boleh memohon geran bantuan TUNS atau TUNS PLUS yang akan dibuka mulai 1 Februari dan 1 Mac 2022 ini.
Tahukah anda apakah syarat kelayakan geran bantuan yang ditawarkan dan bagaimana cara membuat permohonan?
Berikut dikongsikan info selanjutnya untuk makluman bersama.
SKIM BANTUAN PERTAMA : TUNS 2022
TUNS – Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan – Geran Bantuan RM3,000 Untuk Usahawan Kecil
Belanjawan Negeri Sembilan 2022 bertemakan ‘Mendaya Upaya Ekonomi Rakyat’ telah diluluskan untuk meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun ke-empat iaitu tahun 2022 dengan peruntukan berjumlah RM3 juta.
TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000.00 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil di Negeri Sembilan.
TUNS dijangka akan memberi manafaat kepada 1,000 usahawan mikro di Negeri Sembilan pada tahun _2022 ini.
Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui inisiatif ini.
Di samping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya.
Tarikh permohonan dibuka
TUNS : 1 Februari – 28 Februari 2022
Baca juga: Program SIP GIG PERKESO : Insentif RM600-RM800 Sebulan Untuk 6 Bulan
SKIM BANTUAN KEDUA : TUNS PLUS 2022
TUNS Plus – Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Plus – Bantuan Pinjaman Pembiayaan Tanpa Faedah Sehingga RM15,000 Untuk Usahawan Kecil Dengan Tempoh Bayaran Balik Maksima 5 Tahun
Satu lagi inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dalam menyokong pembangunan sektor keusahawanan negeri adalah melalui program TUNS Plus iaitu Bantuan Pinjaman Pembiayaan Tanpa Faedah sehingga RM15,000 untuk Usahawan Kecil dengan tempoh bayaran balik maksima 5 Tahun
Dana berjumlah RM3 juta telah diperuntukan dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2022.
TUNS Plus dijangka akan memberi manafaat kepada 200 usahawan mikro di Negeri Sembilan pada tahun 2022 ini.
Inisiatif-inisiatif ini secara tidak langsung akan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negeri secara amnya.
Tarikh permohonan dibuka
TUNS Plus : 1 Mac – 31 Mac 2022.
Baca juga: Status MySejahtera Kuning Tak Boleh Masuk Kedai? Ini Cara Tukar Ke Biru
Maklumat Lanjut
UNTUK PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI:
EN. Shah Johan Bin Md Sallehudin
Bahagian Pembangunan Usahawan
Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS)
Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan,
70710 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : +606-761 6871
Faks : +606-762 6291
Laman Sesawang www.tuns.my akan mula dibuka untuk akses orang ramai dan menerima permohonan pada 1 Februari 2022 untuk TUNS dan 1 Mac 2022 untuk TUNS Plus.
Sumber:
YB Dato’ Dr Mohamad Rafie Bin Ab Malek
Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan Dan Modal Insan Negeri Sembilan