Panduan Qiamullail, Kelebihannya & Tips Bangun Malam

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama rebut pahala sebanyak mungkin. Antara ibadah yang sangat digalakkan adalah qiamullail. Anda boleh rujuk perkongsian di bawah mengenai panduan qiamullail sebagai panduan. 

Qiamullail

Qiamullail ialah satu amalan sunat yang bererti ‘bangun malam’ iaitu bangun dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah SWT. Ini bermaksud, anda memenuhi masa malam anda untuk beribadah kepada Allah di kala orang lain sedang tidur nyenyak. 

Qiamullail adalah merupakan amalan yang sangat digalakkan dalam Islam. Ia bukanlah satu perkara baru, bahkan ianya merupakan ibadat yang sudah menjadi darah daging atau amalan para rasul, nabi-nabi, orang soleh dan alim ulama sejak dahulu lagi.

qiamullail

Bangun tengah malam kemudian mendirikan solat sunat, bertasbih dan membaca al-Quran boleh memberi kesan yang mendalam kepada jiwa orang yang melakukannya. 

Firman Allah SWT yang berbunyi:

Maksudnya: “Sesungguhnya bangun beribadat pada waktu malam itu adalah sangat berkesan (dalam hati) dan lebih betul bacaannya.” (Surah al-Muzammil: 6)

BACA JUGA: Kedudukan Makmum & Imam Ketika Solat Berjemaah Di Rumah (JAKIM)

Panduan Qiamullail

Amalan ini boleh dikerjakan secara persendirian atau bersama anak isteri di rumah ataupun secara berjemaah sama ada di masjid atau di surau.

Waktu yang sebaik-baik bangun adalah sepertiga akhir malam (kira-kira jam 3-00 pagi). Setelah bangun, siapkan diri, ambil wuduk dan anda boleh terus mengerjakan solat-solat sunat seperti solat sunat Tahajjud, solat sunat Tasbih, solat sunat Taubat, solat sunat Hajat dan solat sunat Witir sebagai penutup. 

Sebaiknya, tunggu selepas waktu Subuh sekiranya anda perlu tidur semula agar tidak terlajak bangun Subuh. 

Qiamullail
Qiamullail

Amalan-Amalan Sunat Semasa (Qiamullail)

Berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran dan hadith berikut ialah antara amalan yang disunatkan semasa qiamullail:

  • Mengerjakan solat-solat sunat 
  • Membaca al-Quran
  • Berzikir 
  • Beristighfar
  • Berdoa

NOTA: Tentang sedikit atau banyaknya mengerjakan amalan-amalan sunat bergantung kepada kemampuan seseorang. Jika seseorang itu hanya mampu mengerjakan hanya dua rakaat sembahyang Tahajjud sahaja, maka ini juga dikira melakukan ibadat qiamullail.

Kelebihan Qiamullail

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak ayat al-Quran dan hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan bagi mereka yang mengerjakan ibadat qiamullail.

Diantaranya ialah firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjalah sembahyang tahajjud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79)

Antara kelebihan qiamullail adalah: 

  • Membantu meningkatkan keimanan kepada Allah swt 
  • Meningkatkan darjat di sisi Allah swt
  • Dapat melakukan ibadah dengan lebih khusyuk
  • Menenangkan hati
  • Mendidik jiwa supaya bersyukur
  • Mudah dikabulkan doa
  • Diberikan rezeki yang tidak disangka-sangka
  • Melatih diri untuk berkorban demi melakukan ibadah
  • Meningkatkan takwa
  • Membantu dan mendidik jiwa untuk melawan hawa nafsu
  • Memberi kesihatan fizikal
  • Menajamkan akal fikiran
  • Memperbanyakkan amalan sunah

BACA JUGA: Nisfu Syaaban 2023 : Kelebihan, Doa & Amalan Yang Disunatkan

Tips Bangun Malam

1. Mulakan dengan niat untuk bangun qiamullail semasa tidur.

2. Kemudian, pastikan anda tidur seawal mungkin agar boleh bangun dengan mudah di tengah malam.

3. Pasang penggera. Anda juga boleh minta rakan-rakan/ahli keluarga untuk bangunkan anda sekiranya mereka masih belum tidur. 

4.Sebaik sahaja terjaga, anda boleh terus bersihkan diri dengan mandi atau sekurang-kurangnya menggosok gigi agar kekal segar semasa beribadah. 

5. Jangan lupa pakai pakaian bersih sebagai persediaan untuk berqiamullail.

6. Elakkan makan terlalu banyak sebelum tidur. 

7. Ambil masa untuk tidur qailullah (siang hari).

8. Banyakkan berdoa agar dipermudahkan untuk bangun malam/berqiamullail.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut dan terperinci mengenai panduan qiamullail, anda boleh rujuk pautan berikut:  https://www.islam.gov.my/ms/ramadan-al-falah/panduan-ramadhan 

Atau, anda boleh muat turun PDF Panduan Qiamullail di sini: 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: