PUBG: Tikam Guna Duit Unknown Cash (UC) Yang Dibeli Dikira Judi? Ini Jawapan Mufti
Permainan PUBG dan Mobile Legend sememangnya mempunyai ramai peminatnya. Ianya menjadi fenomena di negara kita kerana boleh dikatakan segenap lapis usia bermain permainan ini.
Permainan ini bagaimanapun mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan melalui satu persoalan yang ditujukan kepada beliau.
Bagi yang belum tahu, PUBG dan Mobile Legend adalah satu permainan yang percuma, jadi bagi menjana wang dari permainan yang dibina, pembangun menawarkan wang digital untuk membeli barangan di dalam permainan tersebut.
Baca juga: Tarikh sambutan Maulidur Rasul 2021
Namun apa yang menjadi pertikaian hukum adalah terdapat satu elemen di dalam permainan berkenaan, di mana pengguna perlu menggunakan UC (Unknown Cash) yang dibeli untuk menikam barangan di dalam permainan terbabit.
Menikam loot box atau kadangkala disebut “bakar UC”, “bakar diamond” merupakan salah satu cara dibuat streamer tempatan di FB dalam permainan seperti PUBG, MLBB dan sebagainya untuk mendapatkan barangan.
Oleh itu, SS Mufti menerusi laman Mufti Wilayah Persekutuan ada menjawab kekeliruan tersebut seperti di bawah ini.
“Hukum melakukan proses tikaman dengan cara membuka peti-peti (crates) menggunakan duit UC yang dibeli dengan wang ringgit adalah haram kerana mempunyai unsur perjudian yang dilarang dalam agama kerana mempunyai elemen zero-sum game; iaitu bergantung kepada nasib (luck) semata-mata. Di samping itu, menafikan hak pembeli untuk membeli apa yang dihajati.”
“Walau bagaimanapun, pengharaman dikhususkan sekiranya pemain membeli UC untuk menikam barang-barang tersebut. Adapun, UC digunakan untuk membeli barang secara terus tanpa berlaku proses tikaman, hukumnya adalah harus seperti pembelian melalui duit Silver dan sebagainya.”
Ini merupakan huraian jawapan tersebut:
“Dalam era globalisasi kini, setiap isu baharu yang muncul perlu difahami gambarannya sebaik mungkin supaya setiap hukum-hakam yang keluar berada di atas landasan yang tepat dan benar bersesuaian dengan prinsip Islam yang menyebut, “Hukum terhadap sesuatu perkara terbina berdasarkan gambaran menyeluruh tentangnya”. Tulisan ini akan memfokuskan jawapan hukum menggunakan duit Unknown Cash (UC) PUBG Mobile untuk tujuan tikaman.”
Secara kesimpulannya, apa-apa permainan yang mempunyai unsur-unsur perjudian tetap haram. Jadi sebagai seorang muslim, anda wajib segera meninggalkan perbuatan membeli UC untuk menikam barang-barang berkenaan.
Baca juga : Hukum Implant Contact Lens
Sebaliknya, sekiranya UC digunakan untuk membeli barangan secara terus tanpa berlaku proses tikaman, hukumnya adalah harus seperti pembelian melalui duit Silver da sebagainya.
Namun begitu, hukum keharusan tersebut boleh berubah sekiranya terdapat elemen lain yang dilarang Syarak seperti mengabaikan perintah Allah, bermain terlalu lama sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai individu Muslim, mempunyai unsur perjudian, maksiat dan sebagainya.
Untuk bacaan lanjut ulasan daripada SS Mufti Wilayah Persekutuan, anda boleh klik di link ini.