in

Zakat Fitrah Online 2021: Cara Pembayaran Online Setiap Negeri

bayar zakat fitrah online
ADVERTISEMENT

KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI BAGI TAHUN 2021 & LINK PEMBAYARAN ONLINE

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibawah Akta pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1986 sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, urusan berkaitan PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH di semua negeri boleh dilaksanakan secara dalam talian.

Berikut dikongsikan kadar zakat fitrah bagi tahun 2021 dan cara membuat pembayaran zakat fitrah online melalui Majlis Agama Islam masing-masing.

zakat fitrah online 2021
Harga Zakat Fitrah tahun 2021 mengikut negeri masing-masing. / Infografik oleh RTM

*Sumber: RTM – Radio Televisyen Malaysia

Mengapa Ada Beberapa Kadar Zakat Yang Berlainan Di Sesetengah Negeri?

Mungkin ada yang keliru melihat beberapa kadar yang dinyatakan dalam jadual di atas.

Untuk makluman, beberapa kadar zakat fitrah itu ditetapkan selepas memperoleh kelulusan Jawatankuasa Fatwa Negeri dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Beberapa kadar berlainan ini akan memberi peluang kepada umat Islam yang lebih berkemampuan di negeri ini, untuk menunaikan kewajipan zakat fitrah pada kadar yang lebih tinggi.

Walaubagaimanapun bagi golongan tidak berkemampuan dan ada tanggungan ramai, mereka boleh membuat bayaran zakat pada kadar minimum seperti ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.

Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah Online

Pembayaran zakat fitrah boleh dibuat secara atas talian (online) selain secara biasa iaitu melalui amil.

Untuk membuat pembayaran online, sila rujuk laman web rasmi Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

Untuk memudahkan anda, di sini kami kongsikan link rasmi untuk bayaran online setiap negeri.

Zakat Fitrah Perlis 2021 (RM7.00) :

Zakat Fitrah Pulau Pinang 2021 (RM7, RM12, RM16) :

Zakat Fitrah Kedah 2021 (RM7, RM14, RM21) :

Zakat Fitrah Perak 2021 (RM7, RM14, RM21) :

Zakat Fitrah Selangor 2021 (RM7, RM14, RM21) :

Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan 2021 (RM5, RM7 RM14) :

Zakat Fitrah Melaka 2021 (RM7, RM14) :

Zakat Fitrah Johor 2021 (RM7, RM10) :

Zakat Fitrah Pahang 2021 (RM7) :

Zakat Fitrah Terengganu 2021 (RM7) :

Zakat Fitrah Kelantan 2021 (RM7, RM14, RM21) :

Zakat Fitrah Sarawak 2021 (RM7) :

Zakat Fitrah Sabah 2021 (RM7) :

Zakat Fitrah Negeri Sembilan 2021 (RM7) :

Baca juga: Gaji Minimum 2021: Gaji Kurang RM1200/RM1100 Berhak Buat Aduan

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

pembelian kad kredit debit

Peniaga Letak Had Minima & Surcaj Pembelian Melalui Kad Kredit/Debit Boleh Dilaporkan

Jenama Terkenal Nike Tawarkan Potongan Harga Sehingga 35% Di Lazada. Jom Beli!