Kedudukan Makmum & Imam Ketika Solat Berjemaah Di Rumah (JAKIM)
Kedudukan Makmum & Imam Ketika Solat Berjemaah Di Rumah (JAKIM)
Solat jemaah dari segi syara’ bermaksud menyambungkan solat yang dilakukan dengan mengikut perbuatan imam.
Ia merupakan satu syiar yang perlu dipertahankan dan ditunaikan oleh umat islam.
Ia juga merupakan satu wasilah dan cara untuk memupuk mahabbah dan kasih sayang serta semangat tolong menolong antara sesama muslim.
Ia adalah sunnah muakkadah dan makruh hukumnya meninggalkan solat berjemaah.
Pensyariatan Solat Jemaah
Pensyariatan solat jemaah boleh dilihat melalui beberapa dalil daripada Al-Quran, hadis dan ijmak.
- Al-Quran
Firman Allah SWT :
وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ ٱلصَّلَوٰةَ
Maksudnya :” Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka.”
(Surah Al-Nisa’ : 102)
Al-Khatib Al-Syarbini menyatakan :
“Perintah ini diturunkan ketika waktu perang, maka sudah semestinya lebih utama dilakukan ketika dalam keadaan aman.”
Rujuk Mughni Al-Muhtaj Ila Ma’rifah Alfaz Al-Minhaj (1/350)
- Hadis
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda :
صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً
Maksudnya :” Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.”
Riwayat Muslim (1509)
Di dalam riwayat lain menyatakan :
صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ أَحَدِكُمْ وَحْدَهُ بِخَمْسَةٍ وَعِشْرِينَ جُزْءًا
Maksudnya :” Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat kalian yang secara bersendirian sebanyak 25 bahagian.”
Riwayat Muslim (1504)
Imam Al-Nawawi menyebut bahawa sama ada 25 atau 27 bahagian adalah berdasarkan keadaan solat dan orang yang menunaikannya. Ada yang dapat 25 darjat dan ada yang dapat 27 berdasarkan kesempurnaan solatnya dan sejauh mana dia menjaga solat secara berjemaah. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 4/183)
Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/
Kedudukan Imam & Makmum Ketika Solat Berjemaah Di Rumah
Walaupun solat berjemaah yang paling baik dan afdal adalah yang didirikan di masjid, namun Rasulullah s.a.w. mengajar kita bahawa kita boleh solat di rumah dan melakukannya bersama keluarga atau penghuni rumah.
Bagaimanakah kedudukan imam dan makmum ketika menunaikan solat berjemaah bersama keluarga di rumah?
Sila rujuk infografik di bawah untuk rujukan bersama:
Sila perhatikan kedudukan imam lelaki (contohnya bapa) dan imam perempuan (contohnya ibu ketika solat berjemaah dengan anak-anak perempuan)
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Baca juga: