Perincian SOP PKP Di Selangor Mulai 6 Mei Hingga 17 Mei 2021

SOP PKP SELANGOR TERKINI

PKP dilaksanakan di 6 daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang bermula 6 sehingga 17 Mei.

Hal ini diumumkan dalam sidang media khas mengenai perkembangan terkini PKP oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 4 Mei 2021.

pkp selangor terkini
Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Antara yang diperincikan oleh MKN sebelum ini termasuklah:

  • Penutupan Bazar Ramadan di kawasan PKP di Selangor mulai 8 Mei di 6 daerah yang berkenaan.
  • Aktiviti ekonomi di kawasan PKP diumumkan adalah dibenarkan, manakala aktiviti sosial adalah TIDAK DIBENARKAN.
  • Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri tidak dibenarkan di seluruh negara tahun ini
  • Aktiviti ziarah kubur tidak dibenarkan di kawasan PKP pada Hari Raya Aidilfitri
  • Jamuan selepas solat hari raya di masjid dan surau tidak dibenarkan di kawasan PKP.
  • Ziarah Hari Raya bagi kawasan PKP dibenarkan pada 1 Syawal, tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa

Baca juga: BPR Fasa 2: Tarikh Bayaran & Jumlah Baki Yang Akan Diterima

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang SOP yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, YB Amirudin Shaari.

Berikut adalah kawasan yang terlibat dengan PKP dan senarai nama tempat di daerah tersebut.

Daerah Petaling:

Seri Kembangan, Sri Serdang, Kinrara, Subang Jaya, Sri Setia, Taman Medan, Bukit Gasing, Kampung Tunku, Bandar Utama, Bukit Lanjan, Paya Jaras, Kota Damansara, Kota Anggerik, Batu Tiga, Shah Alam, Petaling Jaya, Serdang, Puchong Jaya, Puchong Perdana, Desa Puchong, Glenmarie.

Daerah Sepang:

Tanjong Sepat, Dengkil, Sungai Palek, Cyberjaya, Dengkil, Beranang, Bukit Puchong 2, 16 Sierra, Taman Putra Prima, Taman Putra Perdana, Taman Mas, Taman Meranti Jaya, Pulau Meranti, Salak Tinggi, Bandar Nusaputra.

Daerah Gombak:

Kuang, Rawang, Taman Templer, Sungai Tua, Gombak Setia, Hulu Kelang, Bukit Antarabangsa, Lembah Jaya, Bukit Lanjan, Ampang Jaya, Setapak, Batu Caves, Selayang, Sungai Buloh, Batu 20, Kampung Sungai Pusu.

Daerah Hulu Langat:

Lembah Jaya, Pandan Indah, Dusun Tua, Beranang, Balakong, Kajang, Cheras, Sungai Makau, Ampang, Sungai Lui, Semenyih, Desa Raya, Sungai Ramal.

Daerah Kuala Selangor:

Tanjung Karang, Bestari Jaya, Ijok, Jeram, Puncak Alam, Api-api, Bukit Melawati, Kuala Sungai Buloh, Ulu Tinggi, Taman PKNS, Bukit Talang, Bukit Belimbing, Pasir Penambang.

Daerah Sabak Bernam:

Sungai Air Tawar, Sabak, Sungai Panjang, Sungai Besar, Sekinchan.

Daerah Hulu Selangor:

Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu, Batang Kali, Sungai Chick, Ulu Yam, Kerling, Sungai Gumut, Kuala Kalumpang, Peretak, Sungai Choh, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa.

Daerah Klang:

Kota Anggerik, Batu Tiga, Meru, Selat Kelang, Bandar Baru Klang, Pelabuhan Klang, Pandamaran, Kota Kemuning, Kapar, Bukit Raja, Taman Seri Muda, Telok Menegun.

Daerah Kuala Langat :

Telok Panglima Garang, Jugra, Bandar, tanjung dua belas, Kelanang, Morib, Batu

SOP PKP Di Selangor (Terkini)

Berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi 6 daerah di Selangor, satu sidang media khas telah dibuat jam 5 petang tadi bagi memperincikan pelaksanaan.

Infografik SOP ini disediakan bagi memudahkan orang ramai memahami kebenaran serta larangan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa dari 6 sehingga 17 Mei 2021.

sop pkp selangor
sop pkp selangor
sop pkp selangor
sop pkp selangor

Sumber Infografik: https://www.amirudinshari.com/

Semua warga Selangor diseru agar mengamalkan langkah pencegahan dan kawalan kendiri supaya rantaian COVID-19 ini dapat kita putuskan secepat mungkin.

Baca juga: SOP Kenduri Kahwin & Majlis Akad Nikah Di Kawasan PKP/ PKPP / PKPB

Untuk maklumat lanjut tentang status dan SOP PKP terkini di Selangor dan negeri-negeri lain, sila dapatkan info sahih dan terkini melalui:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: