11 Makanan Sahur Yang Mengenyangkan, Tahan Lebih Lama & Bertenaga

Untuk memastikan kita bertenaga sepanjang hari, makanan sahur yang berkhasiat dan mengenyangkan amat penting untuk diamalkan sepanjang bulan Ramadhan.

Lagi beberapa hari lagi kita akan mula berpuasa.

Dah siapkan stok untuk makanan sahur?

Jom semak makanan sahur yang mengenyangkan & memberi tenaga sepanjang hari! 

11 Stok Makanan Sahur Yang Ringkas & Mengenyangkan

1. Oat

Oat merupakan antara hidangan sihat yang popular.

Terdapat banyak khasiat dalam oat antaranya karbohidrat kompleks dan serat yang membekalkan tenaga serta membuatkan kita kenyang dengan lebih lama.

Kalau oat terasa ‘plain’, boleh tambahkan buah-buahan atau kekacang supaya lebih sedap di samping memberi khasiat lebih. 

Kredit Foto : insider.com

2. Sayur-sayuran

Puasa juga memberi peluang kepada kita untuk mengawal pemakanan. Apa kata sediakan sup sayur ketika sahur.

Mungkin ada yang takut lapar disebabkan bersahur hanya makan sayur. Jangan risau kerana nutrisi daripada sayur dapat mengurangkan keinginan kita untuk makan.

Beberapa jenis sayur seperti kubis bunga, brokoli dan lobak merah sangat sesuai untuk dimakan ketika sahur kerana rendah kalori dan tinggi kandungan air.

Kredit Foto : healthyeating.org

3. Telur

Telur ialah antara makanan yang paling mudah disediakan. Tapi, ia juga merupakan antara makanan yang paling berkhasiat.

Apa yang membuatkan telur sebagai makanan wajib untuk sahur ialah kerana kandungan protein yang tinggi dan kaya dengan lemak sihat, vitamin, mineral serta rendah kalori.

Kandungan nutrisi yang tinggi inilah membuatkan kita kenyang dengan lebih lama dan mengurangkan rasa lapar pada siang hari.  

Kredit Foto : thespruceeats.com

Baca juga : Niat Puasa Ramadhan Sebulan & Harian (JAKIM): Lafaz Arab / Rumi

4. Avokado

Semangkuk avokado yang dimakan waktu sahur mampu mencegah rasa lapar ketika berpuasa. Sebiji avokado mengandungi serat serta lemak sihat yang memerlukan waktu yang lama untuk dihadam. Ia juga kaya dengan khasiat lain seperti folat, kalium dan vitamin E untuk kesihatan menyeluruh. Sebab itulah kita akan rasa kenyang lebih lama. 

Kredit Foto : goodhousekeeping.com

5. Buah Epal

Khasiat dari sebiji epal juga dapat membantu kita rasa lebih bertenaga ketika berpuasa.

Kandungan air dan serat yang tinggi mampu mengekalkan rasa kenyang pada masa yang lama.

Epal bukan sahaja rendah kalori, malah kaya dengan vitamin seperti kalium dan vitamin C yang baik untuk kesihatan.

Jangan buang kulit epal ya! Kulit epal mengandungi serat pektin yang turut berfungsi untuk mengawal nafsu makan.

Kredit Foto : tokopedia.com

6. Kekacang

Kacang seperti badam dan gajus amat sesuai untuk dijadikan makanan sampingan dalam hidangan sahur.

Kandungan penting seperti serat, protein dan karbohidrat kompleks dalam kacang amat membantu dalam membekalkan tenaga sepanjang hari.

Elakkan mengambil kacang yang mengandungi perasa tambahan seperti garam atau gula supaya khasiatnya terpelihara. 

Kredit Foto : tokopedia.com

7. Barli / Muesli

Hari-hari makan nasi pun boring juga kan…?

Jika anda mahukan kelainan, anda juga boleh cuba barli atau muesli untuk dimakan ketika sahur.

Padat dengan khasiat serat dan protein, kedua-dua ini ialah makanan yang menggabungkan kebaikan daripada bijirin berserat tinggi.

Barli boleh diolah menjadi bubur manis atau savouri.

Manakala muesli padat dengan kebaikan daripada kekacang, buah-buahan kering dan bijian.

Sangat enak dimakan dengan susu segar atau susu lain pilihan anda.

Selain dimakan sebagai bijirin, muesli juga datang dalam bentuk bar yang lebih mudah untuk dimakan dan dibawa ke mana-mana. 

makanan sahur mengenyangkan
Kredit Foto : onegreenplanet.org

8. Ikan

Ikan juga cukup popular sebagai makanan yang tinggi khasiat protein bagi membekalkan tenaga ketika berpuasa.

Lebih-lebih lagi ikan seperti salmon dan tuna yang tinggi kandungan lemak omega-3, ia turut membantu untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah.

Dengan memadankan ikan panggang dengan sayuran berkhasiat anda boleh menyediakan hidangan sahur berkhasiat di rumah dengan mudah! 

makanan sahur mengenyangkan
Kredit Foto : tokopedia.com

9. Kurma

Kebaikan makanan sunnah ini tidak perlu diperkenalkan lagi.

Dengan rasa manis semulajadi, buah kurma bukan sahaja sunnah untuk dimakan sewaktu berbuka, namun digalakkan juga untuk dimakan ketika bersahur.

Khasiat seratnya yang tinggi membantu untuk anda kekal rasa kenyang lebih lama serta baik untuk penghadaman. 

makanan sahur mengenyangkan
Kredit Foto : vanillakismis.my

10. Beras Perang 

Beras perang merupakan satu lagi bijirin yang kaya dengan karbohidrat kompleks. Hidang beras perang ketika bersahur dapat membuatkan anda rasa kenyang lebih lama.

Kandungan GI (glycemic index) yang rendah dalam beras perang juga membuatkan ia sesuai untuk dijadikan diet harian bagi mengawal gula dalam darah.

Ia juga membekalkan khasiat penting lain seperti kalsium, vitamin B1, vitamin B6 dan magnesium. 

makanan sahur mengenyangkan
Kredit Foto : timesnownews.com

11. Daging Merah

Selain ikan, anda juga boleh menyediakan hidangan berasaskan daging merah sebagai sumber protein.

Daging merah juga kaya dengan zat besi dan B12 yang baik untuk kesihatan darah.

Untuk mendapatkan khasiat penuh dari daging merah, pastikan anda memilih daging segar dan elakkan daripada membeli daging yang diproses.  

makanan sahur mengenyangkan
Kredit Foto : newsweek.com

Baca juga: Panduan Solat Tarawih Ringkas Di Rumah (Beserta Zikir & Doa)

Makanan Sahur Mengenyangkan & Berkhasiat, Untuk Diet Pun Sesuai

Bulan Ramadhan memberi peluang untuk kita berebut-rebut mengejar pahala dan pengampunan dari Allah.

Bukan itu sahaja, ia juga memberi peluang kepada kita untuk mengawal dan merangka semula tabiat pemakanan kita.

Semak semula tabiat pemakanan sebelum ini dan gantikan makanan yang tinggi kalori dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi serat.

Jangan lupa juga untuk lengkapkan sahur dengan protein seperti telur dan ikan supaya kita rasa kenyang dengan lebih lama. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: