Jururawat Nafi Suntik ‘Angin’ Pada Anak KJ, “Demi Allah Tak Buang Apa-apa”

Jururawat yang menyuntik vaksin COVID-19 kepada anak Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) , menyangkal dakwaan netizen dan antivaksin bahawa dia menyuntik ‘angin’ kepada Raif.

Raif yang berusia enam tahun selesai menerima suntikan vaksin dos pertama di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Isnin lepas.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 10 saat memaparkan Raif yang disuntik vaksin COVID-19 oleh jururawat berkenaan dengan kapsyen dakwaan dos tersebut dibuang terlebih dahulu sebelum disuntik ke lengan anak Menteri Kesihatan itu, dan picagari ditarik selepas ia disuntik.

Perkara ini dihebohkan di media sosial dan menjadi ‘modal’ serangan golongan antivaksin.

Namun, tidak kurang juga yang mempertahankan dakwaan terbabit.

Para jururawat dan doktor turut menjelaskan bahawa apa yang dilakukan itu adalah satu prosedur yang betul dilakukan untuk memberi suntikan.

Guna Prosedur Yang Ditetapkan

Mengulas dakwaan berkenaan, salah seorang influencer media sosial dan juga seorang jururawat, Bel Nawhen menjelaskan bahawa prosedur yang dilakukan oleh jururawat yang menyuntik anak Menteri Kesihatan, KJ adalah mengikut praktis yang betul.

Segala procedure yang dilakukan oleh SN tersebut adalah standard procedure dan mengikut praktis sekian lama.

Dia guna sebelah tangan hold lengan, sebelah tangan lagi untuk cucuk, maknanya dia memang well-trained, well-experience nurse.

anak kj vaksin cucuk
Sumber: Bel Nawhen

Dalam satu muat naik di media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jururawat berkenaan memohon agar orang ramai tidak membuat tuduhan melulu berkaitan perkara tersebut.

“Tolong, tolong, tolong, jika anda tidak tahu jangan buat andaian dan jangan tuduh kerana ini melibatkan kehidupan orang.”

“Jika perkara ini jadi kepada diri anda, apa yang anda rasakan? Tidak selesa, sakit hati dan geram.”

“Saya cuma buat kerja saya sedaya upaya untuk lancarkan proses dan berikan keselesaan kepada kanak-kanak yang saya cucuk vaksin.

“Saya tidak mahu menjadikan perkara ini sesuatu perkara yang mentraumakan mereka.”

“Kalau anda tidak mahu ambil vaksin COVID-19 tidak mengapa, tetapi jangan tuduh orang secara tidak berasas seperti itu,” katanya pada Rabu.

Nafi Dakwaan Cucuk ‘Angin’ Pada Anak KJ

Mengulas lanjut, jururawat itu turut menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) untuk menyuntik kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun menerusi Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-Kanak (PICKids) yang bermula 3 Februari lalu.

“Saya melakukan prosedur sama seperti ibu bapa yang lain.
“Saya ambil vaksin dan tunjukkan bebuli itu kepada ibu dan ayah serta saya tunjukkan juga bagaimana saya ambil dos vaksin daripada bebuli berkenaan dan masukkan ke dalam picagari.

https://www.facebook.com/watch/?v=666020764546646

“Saya dah tunjuk kepada ibu dan ayah dan mereka nampak serta bersetuju dengan dos vaksin Pfizer iaitu 0.2 mililiter (ml).

“Tapi kita kena berinteraksi dengan kanak-kanak sebab faham dia punya ketakutan terhadap jarum dan saya terpaksa pegang mereka agar tidak lari atau bergerak.

“Saya tidak akan tunjukkan jarum itu kerana kanak-kanak akan jadi takut dan saya terpaksa letakkan tangan saya ke bawah dan cuba alih perhatian mereka seperti menyuruh mereka mengira satu hingga 10.

“Apabila mereka dah selesa baru saya akan menyuntik vaksin ke lengan mereka serta tunjukkan picagari itu semula kepada ibu bapa,” jelasnya.

Tambah jururawat berkenaan, dia langsung tidak membuang vaksin COVID-19 dan berharap orang ramai tidak menyebarkan berita tidak benar berkaitan suntikan diberikannya itu.

https://twitter.com/Khairykj/status/1493814919078510592

Perkara ini turut disahkan oleh Menteri Kesihatan itu sendiri melalui sebuah hantaran di Twitter.

Khairy turut membidas dakwaan tersebut sebagai fitnah dan memberi amaran kepada golongan antivaksin agar tidak menganggu ibu bapa yang mahu mendapatkan vaksinasi COVID-19 kepada anak-anak mereka.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa semakin ramai ibu bapa yang telah membawa anak-anak mereka untuk menyertai PICKids.

Liputan dan pendaftaran #PICKids semakin meningkat. Alhamdulillah ibu bapa mahu memberi perlindungan kepada anak. Walaupun ada yang sebar fitnah anak saya dicucuk angin, semakin ramai ibu bapa yakin dengan vaksin. Jangan kacau orang lain yang nak vaksinkan anak mereka.

Jadi bagaimana, anak anda dah daftar vaksin?

Jom daftar sekarang!

Rujuk : PICKIDS: Cara Daftar Vaksinasi COVID-19 Kanak-kanak 5-11 Tahun

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: