Alamak! Bil Elektrik ‘Gila’ Masa PKP? Ini Cara Kira Daripada Pihak TNB

Sejak selepas kerajaan umumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac, banyak kerja yang tertangguh. Termasuk kerja membaca meter elektrik rumah ke rumah oleh staff Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Seorang pengguna telah mendakwa pelarasan bil yang diterima kenaikkannya 6 kali ganda dari biasa. Manakan tidak, pagi petang di rumah, nak pergi kerja tak boleh. Ditambah pula satu keluarga terkurung di rumah, memang meningkatlah penggunaan perkakasan elektrik seharian.

Akibat kekecewaan pengguna tersebut, pihak TNB telahpun mengadakan pertemuan untuk menerangkan lebih terperinci berkenaan pengiraan pro-rata bil elektrik TNB.

Menurut Datuk Wira Roslan Ab Rahman, Ketua Pegawai Korporat TNB, “kami sudah menyemak bil beliau dan mendapati ada salah faham mengenai pengiraan bilnya.”

Kaedah pengiraan bil tidak boleh sewenang-wenangnya diubah. Hal ini kerana TNB merupakan syarikat dibawah seliaan Suruhanjaya Tenaga (ST), serta tertakluk kepada syarat lesen yang telah diberikan.

“Kaedah ini mendapat kelulusan ST dan ia memastikan pengguna tidak terbeban dengan jumlah bil yang melampau,” katanya.

Jom Kira Bil Dan Caj Blok Tarif Bil Elektrik

Sila rujuk gambar dibawah untuk kiraan bil elektrik secara lebih terperinci:

Sebelum pergi lebih lanjut, mari ambil tahu berapa blok tarif dan kadarnya bagi pengiraan bil elektrik TNB:

Apa yang ingin dimaksudkan dalam gambar diatas, pengiraan blok tarif elektrik terbahagi kepada 5 peringkat. Mari baca teliti pengiraan dibawah:-

Blok Tarif Peringkat Pertama

Sehingga 200 unit (kWh), kadaran bagi seunit adalah RM 0.218. Jumlah keseluruhan dalam blok ini jika digunakan sepenuhnya ialah sebanyak RM 43.60. Seandainya menggunakan lebih daripada 200 unit, ia akan dibawa ke peringkat seterusnya.

Blok Tarif Peringkat Kedua

Apabila penggunaan elektrik melebihi dari 200 unit tapi tidak lebih 300 unit, ia akan ditarifkan dalam peringkat kedua. Tambahan pada blok tarif peringkat ini hanyalah 100 unit sahaja dan kadarannya bagi seunit adalah RM 0.334. Kalau penggunaan elektik digunakan sepenuh dalam peringkat ini, jumlahnya adalah sebanyak RM 33.40. Keseluruhan bil bagi penggunaan 300 unit (kWh) adalah RM 43.60 + RM 33.40 = RM 77.00

Blok Tarif Peringkat Ketiga

Apabila penggunaan elektrik melebihi dari 300 unit tapi tidak lebih 600 unit, ia akan ditarifkan dalam peringkat keempat. Tambahan pada blok tarif peringkat ini hanyalah 300 unit sahaja dan kadarannya bagi seunit adalah RM 0.516. Kalau penggunaan elektik digunakan sepenuh dalam peringkat ini, jumlahnya adalah sebanyak RM 154.80. Keseluruhan bil bagi penggunaan 600 unit (kWh) adalah RM 43.60 + RM 33.40 + RM 154.80 = RM 188.20

Blok Tarif Peringkat Keempat

Apabila penggunaan elektrik melebihi dari 600 unit tapi tidak lebih 900 unit, ia akan ditarifkan dalam peringkat keempat. Tambahan pada blok tarif peringkat ini hanyalah 300 unit sahaja dan kadarannya bagi seunit adalah RM 0.546. Kalau penggunaan elektik digunakan sepenuh dalam peringkat ini, jumlahnya adalah sebanyak RM 163.80. Keseluruhan bil bagi penggunaan 900 unit (kWh) adalah RM 43.60 + RM 33.40 + RM 154.80 + RM 163.80 = RM 352.00

Blok Tarif Peringkat Kelima

Ini merupakan blok tarif peringkat tertinggi, lebih daripada 900 unit, semuanya akan dikadarkan pada RM 0.571 seunit. Tidak kisahlah penggunaannya 5000 unit ke, 10,000 unit, semua lebihan yang lebih daripada 900 unit itu akan dikalikan dengan kadar dalam peringkat ini. Untuk melihat cara jumlah keseluruhan bil bagi penggunaan melebihi 900 unit, mari rujuk contoh dalam bil dibawah.

Jumlah keseluruhan penggunaan adalah sebanyak 1400 unit. Jadi, yang dikira dalam peringkat terakhir ini, hanyalah 500 unit sahaja. Jumlah untuk 500 unit terakhir ini adalah RM 285.50. Keseluruhan bil bagi penggunaan 1400 unit (kWh) adalah RM 43.60 + RM 33.40 + RM 154.80 + RM 285.50 = RM 681.10

Dah tahu cara kira? Jom tengok contoh bacaan pada bil dibawah pula.

Inilah perbezaan pengiraan prorata dan pengiraan tanpa prorata:

Berbeza bukan? Walaupun nampak seperti kecil perbezaannya tapi ia teramatlah bermakna bagi yang kurang berkemampuan untuk menampung kehidupan seharian. Lagi-lagi masa musim Covid-19, ramai yang pening kepala ditambah pula cuti tanpa gaji.

Tidak mengapa, seandainya pengguna masih mempunyai kegusaran mengenai bil yang melambung tinggi akhir-akhir ini, bolehlah menghubungi TNB Careline seperti yang tertera dalam gambar dibawah ataupun pergi ke Kedai Tenaga berhampiran.

Kalau rasa hendak bayar ansuran, boleh klik disini untuk ketahui lebih lanjut.

Sumber : Bharian

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: