Cara Simpan Duit Walaupun Gaji Kecil, Setahun Boleh Dapat RM3000
Bukan senang nak simpan duit, lebih-lebih lagi kalau kita bukan jenis banyak duit.
Tapi sebenarnya, kalau tak ada perancangan dan disiplin, memang rasa susah nak menyimpan walaupun gaji besar.
Jadi, yang penting adalah strategi dan perancangan kita serta disiplin.
Untuk yang baru nak mula simpan duit, letakkan dulu matlamat yang praktikal dan dan tidak membebankan.
Jom kami kongsikan satu tips yang mudah!
TIPS & CARA MUDAH SIMPAN DUIT
Tahun ni boleh start buat sudah.
RM1 – Setiap hari masuk dlm tabung. Total setahun genapkan rm400.
RM5 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total genapkan setahun rm500.
RM10 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total setahun genapkan rm1000.
RM20 – Simpan setiap bulan 2 keping. Total setahun genapkan rm500.
RM50 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember). Total setahun rm300.
RM100 – Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November). Total setahun rm600.
TOTAL keseluruhan setahun RM3,300. Banyak kan?
Kredit: Kate Ginting
Baca juga: Rumah Selangorku: Permohonan Rumah Mampu Milik Bermula RM42,000
7 Tips Tambahan : Cara Simpan Duit Dengan Bijak
Gaji baru je masuk seminggu, dah tinggal berapa kerat je lagi dalam bank. Tiap bulan macam tu lah. Bosan juga hadap situasi sama tiap bulan.
Kalau yang sabar, boleh lah hadap megi sebagai pengganti KFC dan Mcd. Tapi kalau jenis gelojoh memang kad kredit lah jawabnya.
Sebelum jatuh terduduk, baik korang cuba benda yang saya nak kongsi ini. Cara ini mungkin nampak old school, tapi inilah yang saya buat sejak 2 tahun lepas.
Ok baik.
Langkah 1:
Ajak pasangan duduk bersama. Bincang dan tulis semua perbelanjaan bulanan korang. Rujuk gambar 1 di bawah. Saya ada sertakan contoh yang saya sendiri buat.
Saat ini, jangan nak kelentong lagi. Kalau spend duit untuk kereta pun tulis. Beli tudung hari-hari pun tulis. Lutsinar (transparent) antara satu sama lain.
Langkah 2:
Bandingkan perbelanjaan korang dengan gaji yang masuk setiap bulan. Kalau korang ada elaun, side income, bonus, terpulang kalau nak kira sekali pun, okay aje.
Hah macam mana gaji vs belanja? Positif atau negatif?
Kalau positif, syabas dan tahniah. Sesungguhnya anda tergolong dalam golongan yang sabar. Haha
Tapi kalau negatif, sila baca sampai habis.
Langkah 3:
Sila jenguk semula pada catatan di langkah (1) tadi. Potong dan kurangkan dekat belanja yang rasa tak perlu. Waktu ini, tepuk pipi dan sedarlah dari mimpi. Yang anda sedang menarah bukit yang tak wujud pun sebenarnya.
Langkah 4:
Setiap kali gaji, simpan dulu duit siap-siap sebelum guna. Berapa amaun yang kena simpan?
JUMLAH GAJI – (KOMITMEN + BELANJA) =SIMPAN
Katakan ada bulan yang korang dapat lebihan elaun/bonus. Tempat yang sepatutnya adalah pada simpanan. Bukan pada belanja. Faham eh?
Baca juga: Cara Transfer Duit Ke ASB Online Tanpa Caj, Dari Semua Bank Boleh!
Langkah 5:
Cari angpau raya tahun lepas. Then masukkan setiap amaun duit yang dah ditulis pada langkah 1. *1 jenis belanja = 1 sampul.
Wajib tanda besar-besar. Kang takut terseluk sampul yang salah pulak. Rujuk gambar di atas.
Ini yang saya buat. Awal-awal ni, buat lah cecantik dulu. Nanti dah lama boleh lah hodoh-hodoh macam saya buat tu hahaha.
Langkah 6:
Tampal kertas untuk catat “duit keluar” dari sampul. Setiap sen yang keluar wajib tulis! Lekatkan ia berdekatan dengan deretan sampul tadi. Pen jangan lupa. Nanti tercari pen sampai lupa nak catat.
Langkah 7:
Setiap kali next gaji masuk, check dan audit semua sampul. Tally atau tak dengan catatan keluar masuk.
Bagaimana jika ada duit lebihan dalam angpau?
Haaa.. Yang ini korang boleh tambah lagi 2 tabung special. Tabung derma dan tabung travel. Haa baru lah ada motivasi nak menyimpan lebih. Nak enjoy lebih kena lah berjimat lebih, kan? Hehe.
Itu sahaja tips old school saya. Mudah je kan?
Apapun, ianya berbalik pada disiplin diri kita sendiri. Ini sekadar salah satu usaha kecil kita. Lebih dari itu kita serah lah pada yang Maha Kaya.
Kredit: Hilmi Jailani