PKPD Selangor Dilanjutkan Atau Tidak, Akan Diumumkan Hari Ini
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 1 Julai lalu mengumumkan PKPD dikenakan di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai sehingga 16 Julai.
Rata-rata penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur tertanya-tanya sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang akan berakhir Jumaat (16 Julai) akan dilanjutkan atau sebaliknya.
Ada pihak menjangkakan pelanjutan PKPD susulan lonjakan luar biasa kes Covid-19 yang dilaporkan membabitkan Lembah Klang sejak dua hari kebelakangan ini.
Namun, penamatan PKPD Mentari Court yang ditamatkan lebih awal mungkin menjadi satu petanda bahawa PKPD Selangor mungkin juga boleh ditamatkan.
Penamatan PKPD di Mentari Court telah dibuat lebih awal pada 13 Julai susulan vaksinasi 6,178 penduduk di situ. Manakala penduduk yang positif Covid-19 diasingkan.
Mengikut kebiasaan, pengumuman sama ada perintah itu disambung atau sebaliknya akan dibuat dua hari atau sehari sebelum tamatnya tarikh PKPD selepas mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dijalankan.
Bagaimanapun setakat jam 6 petang Khamis, belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada kerajaan berhubung perintah itu.
Kes Kekal Tinggi Kerana Ujian Saringan Besar-besaran
Semalam (15 Julai), 13,215 orang dijangkiti Covid-19. Tiga negeri menjadi menyumbang terbesar iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Menurut DS Ismail Sabri, walaupun ia adalah satu jumlah yang besar. Namun hal ini berlaku kerana, ujian saringan secara besar-besaran dan bersasar di kawasan yang dikenakan PKPD.
Tambah beliau lagi, kerajaan akan terus menumpukan usaha memperluas dan mempercepat pemberian vaksinasi bagi menangani kebimbangan rakyat susulan peningkatan kes ini.
Baca juga: PPN: SOP Terkini & Sektor Dibenarkan Beroperasi Pada Fasa 1, 2, 3 & 4
Kenyataan Media MKN 15 Julai 2021
Sementara itu, dalam Kenyataan media Timbalan Perdana Menteri/Menteri Pertahanan berhubung pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara & PKPD 15 Julai semalam, diumumkan bahawa kedai komputer dan telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis dibenar beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara berkuatkuasa esok, 16 Julai 2021.
Baca juga: Kedai Buku, Alat Tulis, Komputer & Komunikasi Dibuka Mulai 16 Julai
Pergerakan pelajar dari atau ke kawasan PKPD untuk mengambil peperiksaan dibenarkan dengan syarat mendapat kebenaran daripada PDRM.
PKPD dikuatkuasakan di kawasan-kawasan berikut mulai 17 hingga 30 Julai 2021;
- Kg Perpaduan Gumpa, Kudat, Sabah
- Perumahan SFI, Sipitang, Sabah
- Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau, Sabah
Tiga lokaliti di daerah Kerian, Perak - Apartment Tropicana Bukit Merah
- Kampung Tersusun Pondok Tanjung
- Kampung Binjai
PKPD di kawasan-kawasan berikut dilanjutkan sehingga 30 Julai 2021;
- Kilang Latexx Manufacturing Sdn Bhd dan Asrama Pekerja Kilang Latexx di Taiping, Perak
- Taman Mewah, Kelemak, Alor Gajah, Melaka
- Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu, Sabah
PKPD di kawasan-kawasan berikut ditamatkan berkuatkuasa tengah malam15 Julai 2021;
Lokaliti di Kuala Lumpur –
- PPR Seri Semarak,
- PPR Batu Muda
- Kampung Padang Balang
- Taman Koperasi Polis (Fasa 2)
- Flat Sri Sabah
- PPR Kampung Baru Air Panas
- PPR Kerinchi
- Bandar Baru Sentul
- Taman Ikan Emas
Lokaliti di Sabah
- Kg Mangga, Nasip Kita, Tawau
- Kg Kijang, Balung, Tawau
- Kg Lingkodon, Kota Belud
- Kg Pintas Kubu, Beaufort
- Kg Muhibbah, Putatan
- Kg Goshen, Kota Marudu
Mukim Kuala Kuantan, Kuantan Pahang
- Mukim Kuala Kuantan 1 (16 Julai 2021)
- Mukim Kuala Kuantan 2 (17 Julai 2021)
Seramai 438 individu ditahan pihak berkuasa semalam atas pelbagai kesalahan ingkar SOP pencegahan COVID-19.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 1 Julai lalu mengumumkan PKPD dikenakan di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai sehingga 16 Julai.
Langkah itu diambil selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat pembentangan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai situasi Covid-19 di dua negeri tersebut.
Susulan itu, lapan daerah di Selangor dikenakan PKPD melibatkan Petaling, Hulu Langat, Sepang, Gombak, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.