in

URUS B50 Bank Rakyat : Permohonan Dari 15 Nov 2021 – 31 Jan 2022

urs b50 bank rakyat
ADVERTISEMENT

URUS B50 Bank Rakyat ialah program bantuan holistik yang membantu pelanggan rentan yang terkesan oleh COVID-19, yang masih menghadapi kesulitan aliran tunai.

Ia menawarkan bantuan bayaran ansuran pembiayaan dan sokongan pembangunan termasuk pelan kewangan peribadi, program pendidikan kewangan dan saluran untuk meningkatkan pendapatan dan sokongan pembangunan lain melalui rujukan kepada Jaringan Sinergi Sosial.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang URUS B50 Bank Rakyat bagi bakal pemohon B50.

ADVERTISEMENT
urus bank rakyat

URUS B50 Bank Rakyat

Melalui Program URUS Bank Rakyat, anda akan mendapat pelan kewangan peribadi yang menyatakan jumlah bayaran ansuran bulanan serta jadualnya sehingga 24 bulan.

Pelan ini akan mengambil kira semua hutang dan jumlah pendapatan yang anda mampu peruntukkan untuk membayar hutang, selepas menampung segala keperluan hidup.

Pelan kewangan peribadi ini termasuk:

  • pembayaran ansuran tanpa keuntungan selama 3 bulan;
  • penangguhan bayaran dan pilihan lain termasuk pengurangan ansuran untuk membantu mengurus hutang keseluruhan selaras dengan kemampuan anda; dan
  • sokongan pembangunan, pendidikan dan nasihat untuk membantu anda mengurus kewangan dan lebih berdaya tahan dari segi kewangan.

Sebagai kemudahan tambahan, pelanggan dengan pembiayaan daripada pelbagai bank hanya perlu memohon daripada salah satu daripada bank mereka, dan kemudian AKPK akan membantu menyatukan semua perincian pembiayaan daripada bank-bank ini dan membentuk pelan bantuan bayaran ansuran pembiayaan yang holistik dan berdaya maju untuk pelanggan.

urus bank rakyat

Syarat Kelayakan

Pelanggan B50 yang memenuhi SEMUA kriteria berikut layak memohon URUS:

  • Telah pun berada di bawah program bantuan bayaran ansuran pembiayaan (seperti Bantuan Bayaran Ansuran Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, penjadualan dan penstrukturan semula oleh pihak bank dan sebagainya) pada 30 September 2021; dan
  • Mempunyai pendapatan isi rumah sehingga RM5,8801 ; dan
  • Mempunyai pembiayaan yang sudah pun berada dalam program bantuan bayaran ansuran pembiayaan pada 30 September 2021 (tiada tunggakan melebihi 90 hari) semasa tarikh permohonan; dan
  • Mengalami kehilangan pekerjaan atau pengurangan gaji sekurang-kurangnya 50%.

Nota: Bank anda boleh memohon dokumen asas untuk mengesahkan kelayakan anda.

urus bank rakyat

Tarikh Permohonan

Permohonan untuk URUS B50 Bank Rakyat dibuka dari 15 November 2021 hingga 31 Januari 2022.

Baca juga: iRakyat: Cara Daftar Bank Rakyat Online Banking (2021)

Cara Permohonan URUS B50 Bank Rakyat

  • Anda perlu memohon untuk menyertai URUS melalui salah satu daripada bank anda.
  • Perincian permohonan akan dikongsi menghampiri tarikh 15 November 202

Dokumen Yang Diperlukan

  • Anda hanya perlu menyediakan dokumen asas yang membuktikan status pekerjaan atau pendapatan anda (pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50% atau hilang pekerjaan).
  • Pihak bank akan mengesahkan kelayakan anda dan menghantar permohonan kepada AKPK untuk menghasilkan pelan peribadi kewangan anda. Kemudian, AKPK akan menghubungi anda tentang status permohonan anda.
  • Perincian permohonan akan dikongsi menghampiri tarikh 15 November 2021.

Adakah rekod kredit (CCRIS) saya akan terjejas jika saya menerima bantuan di bawah URUS B50 Bank Rakyat?

Akaun pembiayaan di bawah URUS akan dikenal pasti dalam laporan kredit Pusat Sistem
Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) anda.

Ini akan memudahkan tindakan susulan dan pemantauan oleh AKPK dan pihak bank untuk bantuan lanjut sekiranya anda memerlukannya sepanjang berada di bawah program ini.

Pengenalpastian akan dikeluarkan setelah anda tamat daripada program ini, yang boleh berjalan antara 6 hingga 24 bulan dari tarikh pendaftaran ke dalam URUS.

Tempoh minimum 6 bulan ini sesuai dengan jangka masa yang diperlukan untuk melengkapkan program pendidikan kewangan di bawah AKPK yang bertujuan untuk meningkatkan ketahanan kewangan pelanggan.

Baca juga: Cara Bayar Zakat Fitrah Melalui Maybank (Maybank2U). Cepat & Mudah!

Maklumat Lanjut

Sila layari laman web Bank Rakyat untuk maklumat lanjut atau klik pada pautan berikut:

urus bank rakyat

Anda juga boleh mengubungi mana-mana bank anda, menghampiri tarikh permohonan dibuka, iaitu pada 15 November 2021 untuk maklumat lanjut tentang URUS.

Maklumat berkaitan akan dipaparkan di semua saluran komunikasi utama apabila tiba masanya, termasuk di laman web, media sosial, cawangan dan talian telefon bank anda.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kos Makan Di Restoran Salt Bae Mencecah RM210,000 Undang Pelbagai Reaksi

Cara Buat Kad Debit / ATM Maybank Pakai Gambar Sendiri