in

Semakan Tarikh Temuduga Pengambilan Guru One-off SPP Bermula 8 September

ADVERTISEMENT

SEMAKAN TARIKH TEMUDUGA PENGAMBILAN GURU ONE-OFF SPP DG41 BERMULA 8 SEPTEMBER 2021

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah melaksanakan urusan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 bagi 47 opsyen secara besar-besaran mulai 7 Julai yang lalu.

Graduan Pendidikan dan Bakal Graduan Pendidikan (calon-calon) semester akhir pengajian daripada universiti awam, swasta atau luar negara adalah layak memohon jawatan mengikut bidang dan institusi pengajian yang telah tersenarai dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA).

ADVERTISEMENT

Menurut kenyataan rasmi SPP yang terkini, tarikh temuduga akan dijalankan secara berfasa mulai 8 September 2021.

Urusan temuduga ini hanya akan melibatkan calon yang melepasi tapisan sahaja.

Setiap calon juga hanya akan dipanggil temuduga sekali sahaja mengikut opsyen yang ditentukan oleh SPP.

Semakan panggilan temuduga Fasa 1 ini boleh dibuat di Portal rasmi SPP mulai 3 September.

Sila rujuk kenyataan berikut untuk makluman sepenuhnya dari SPP:

semakan temuduga guru spp one-off
semakan temuduga guru spp one-off

Proses Semakan Panggilan Temuduga SPP

Menurut makluman terkini dari pihak SPP, temuduga akan bermula secara berfasa pada 8 September 2021.

Semakan panggilan temuduga Fasa 1 ini boleh dibuat di Portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan mulai 3 September.

Untuk membuat semakan status, sila rujuk laman web https://myspp.spp.gov.my/login atau https://semakan.spp.gov.my/SemakanPermohonan/semak.php

pengambilan guru spp julai

Tarikh Penempatan

Menurut siaran media terdahulu, penempatan bagi calon yang berjaya akan dibuat bermula Oktober secara berperingkat.

pengambilan guru julai 2021

Dalam sidang media yang lalu dimaklumkan antara mata pelajaran dengan kekurangan guru tertinggi adalah seperti berikut:

Sekolah Rendah

  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Teknologi Maklumat & Komunikasi

Sekolah Menengah

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Reka Bentuk & Teknologi

Baca juga: DELIMa KPM: Modul Komuniti Guru Digital Learning (KGDL) & Tips PdPR

Baca juga: MySPP : Daftar Permohonan Jawatan / Semakan Status Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Semakan Status / Keputusan Temuduga SPP

Untuk membuat semakan status, sila rujuk laman web https://myspp.spp.gov.my/login atau terus ke pautan https://semakan.spp.gov.my/SemakanPermohonan/semak.php

Talian Hotline mySPP :

  • Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020
  • Urusan Teknikal 03-8893 4021 / 4022
  • Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP): https://spp.spab.gov.my/

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 Putrajaya
Tel : 03-8000 8000
Faks : 03-8871 7499
E-mel : [email protected]

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi Pad Kra Pao Ala Thai. Ringkas Dan Mudah!

Resepi Bihun Goreng 12 Sudu Gula Viral. Hanya Guna Udang Kering Saja!