Cara Renew Lesen Syarikat Online Melalui Portal EzBiz

CARA RENEW SSM ONLINE

Nampaknya makin ramai yang telah memulakan perniagaan sendiri dalam musim pandemik ini bagi meneruskan kelangsungan hidup. Jika anda masih belum daftar SSM online atau manual, adalah disarankan untuk anda berbuat demikian.

Kenapa?

Sebabnya, apabila kita mendaftar sebagai peniaga yang sah, terdapat pelbagai kelebihan yang akan diperolehi walaupun bisnes kita hanya kecil-kecilan saja.

Antaranya kelebihan daftar SSM adalah

  • Diyakini oleh pelanggan
  • Perniagaan sah dan diiktiraf
  • Murah saja, harga dari RM30 hingga RM60 setahun!
  • Boleh buka akaun semasa (Untuk jadikan dokumen sokongan jika nak buat pinjaman / loan bank)
  • Boleh mohon pelbagai skim bantuan perniagaan dan pinjaman dengan lebih mudah

Ok, mungkin ramai nak tahu, bolehkah daftar syarikat secara online?

Jawapannya boleh, cuma kita perlu pergi kaunter SSM untuk kali pertama bagi membuat pengesahan pengenalan diri dan mengaktifkan ID EzBiz online.

Selepas itu, barulah kita boleh menggunakan Portal Ezbiz untuk melakukan pelbagai transaksi secara online.

Baca juga: Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma SSM Untuk Ibu Tunggal & Belia

cara daftar ssm

Harga Daftar SSM Online, Caj Pembaharuan Lesen & Kompaun

Berapa fi atau caj yang dikenakan untuk daftar SSM online melalui Portal EzBiz?

Untuk proses Pendaftaran & Pembaharuan SSM, bayarannya adalah seperti berikut:

  • Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
  • Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.
  • Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
  • Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00
  • Perubahan Maklumat Perniagaan – RM20.00
  • Kompaun – Bergantung kepada kesalahan
  • NOTA: SSM yang telah luput (expired) melebihi setahun tidak lagi boleh diperbaharui dan perlu didaftarkan semula.
cara daftar ssm renew online

Cara Renew SSM Online

Untuk membuat pembaharuan lesen perniagaan atau renew SSM online, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan
  3. Klik bahagian ‘My Business Service’
  4. Pilih ‘Renewal by Owners’
  5. Klik di ikon ‘Action’ untuk meneruskan proses pembaharuan lesen perniagaan.
  6. Semak maklumat perniagaan dan lengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan Online (BORANG A1)
  7. Pilih tempoh pembaharuan perniagaan yang diinginkan (1 tahun – 5 tahun)
  8. Buat bayaran mengikut transaksi yang dipilih (kad debit/ kad kredit / perbankan online / kaunter).
  9. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa 15 minit selepas transaksi pembayaran dibuat.

Rujuk infografik di bawah :

Rujuk manual penuh:

RUJUK MANUAL PENUH:

Urusan Renew SSM Di Kaunter

Jika anda mempunyai pertanyaan untuk daftar SSM online atau renew perniagaan atau lebih suka melakukannya secara manual, anda boleh berbuat demikian dengan mengunjungi:

  • mana-mana kaunter / cawangan SSM
  • mana-mana cawangan BSN
  • mana-mana cawangan Bank Rakyat
cara daftar ssm renew online

Maklumat Lanjut

Untuk prosedur lengkap cara daftar SSM, boleh rujuk maklumat PDF oleh SSM di SINI.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi talian hotline SSM di 03-7721 4000, atau e-mel ke [email protected].

Dapatkan info terkini melalui media sosial rasmi SSM:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: