Ihsan-i: Cara Membuat Permohonan Pinjaman KWSP Bercagar MSSB
Ihsan-i: Pinjaman KWSP Bercagar (Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP) Oleh MBSB
Selain Bank Simpanan Nasional, MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) juga turut menawarkan kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) @ Pinjaman Bercagar KWSP patuh Syariah Ihsan-i kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 7 April 2023.
Jumlah pembiayaan maksimum adalah RM50,000 dengan tempoh pembayaran sehingga 10 tahun.
Ihsan-i MBSB
Ihsan-i adalah merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh MBSB Bank adalah bertujuan membantu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun, memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi patuh Syariah ini dengan kadar kompetitif.
Ansuran bulanan Ihsan-i pada tahun pertama adalah lebih rendah kerana pelanggan hanya perlu membayar kadar keuntungan saja.
NOTA: Pengenalan FSA2 KWSP (Fasiliti Sokongan Akaun 2 @ Pinjaman Bercagar) Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan dengan disokong oleh permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.
Syarat Kelayakan
- Semua ahli KWSP berumur 40 sehingga 54 tahun.
- Mesti mempunyai baki simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2.
- Pemegang i-Akaun berdaftar dengan KWSP.
- Jumlah Pembiayaan
Syarat-Syarat Lain Pembiayaan
- Pembayaran keuntungan untuk 12 bulan pertama. Kemudian Prinsipal + Pembayaran Keuntungan (Ansuran Penuh)
- Tiada tempoh berkunci. Tiada penjamin dan cagaran diperlukan.
- Cara bayaran; di kaunter dan arahan tetap
Semakan Kelayakan
Untuk membuat semakan sama ada anda layak membuat permohonan bagi pinjaman bercagar KWSP ini, sila ikuti langkah berikut:
- Daftar dan aktifkan i-Akaun KWSP anda melalui pautan berikut: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Kemudian, anda boleh menyemak kelayakan melalui i-Akaun anda. Jika anda mempunyai baki simpanan minimum RM3,000 di dalam Akaun 2 KWSP, maka anda layak untuk membuat permohonan.
- Anda boleh teruskan permohonan di institusi perbankan yang mengambil bahagian mulai 7 April 2023 (BSN & MBSB).
NOTA: Anda boleh mendaftar atau aktifkan i-Akaun di Self Service Terminal (SST) di cawangan KWSP berdekatan bagi membolehkan anda menerima nombor Transaction Authorisation Code (TAC) bagi tujuan semakan kelayakan.
Jumlah Pembiayaan
- Minima: RM3,000
- Maksima: RM50,000
Tenure / Tempoh
- Minima: 2 tahun
- Maksima: 10 tahun
Kadar Keuntungan
- Kadar pembiayaan yang kompetitif pada SBR + 1.75% setahun dengan kadar siling 15% setahun.
Ciri-ciri / Faedah
- Kelulusan pantas melalui permohonan dalam talian
- Berlandaskan Syariah dan mengguna pakai konsep Tawarruq.
- Kadar keuntungan pinjaman KWSP oleh MBSB Bank yang rendah, tiada caj proses dan tiada caj penamatan awal.
- Pemberian rebat atau Ibra’ atas kadar keuntungan bank sekiranya pembayaran baki pembiayaan ditamatkan lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.
Kaedah Pembayaran
Pembayaran pembiayaan boleh dibuat di mana-mana cawangan MBSB Bank di seluruh negara atau sebagai alternatif melalui pembayaran elektronik melalui Giro Interbank / Pemindahan Segera atau Arahan Tetap / Debit Auto.
Tarikh Permohonan Ihsan-i MBSB
Permohonan pinjaman cagaran KWSP oleh MBSB akan dibuka secara dalam talian bermula 7 April 2023 menerusi laman web rasmi MBSB bank.
Cara Memohon Ihsan-i MBSB
- Sila layari pautan berikut: https://www.fsa2mbsbbank.com
- Klik “MOHON SEKARANG”
- Anda akan dibawa ke sebuah halaman KESEDARAN DAN KEFAHAMAN MENGENAI FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 untuk memberi persetujuan mengenai terma dan syarat yang ditetapkan sebelum meneruskan permohonan. Baca dan fahami. Sekiranya bersetuju anda boleh tandakan kotak YA dan klik “SETERUSNYA”.
- Isikan maklumat yang diperlukan di Borang Kelayakan Pembiayaan.
- Klik “TERUSKAN” dan sahkan identiti anda melalui Nombor TAC.
- Isikan jumlah pembiayaan yang diperlukan dan maklumat lain pada Borang Permohonan.
- Permohonan akan diproses berdasarkan penilaian kredit dan status bankrap anda.
- Sekiranya permohonan anda diluluskan, anda akan menerima SMS sebagai Penerimaan Pembiayaan (setuju terima) kepada jumlah pembiayaan.
NOTA: Anda boleh scan QR code seperti yang ada pada gambar di bawah untuk maklumat lebih lanjut.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut, anda boleh hubungi/layari:
- Laman web: https://www.mbsbbank.com/ atau https://www.fsa2mbsbbank.com/
- Facebook: MBSB Bank
- Tel: 03-2096 3000
- Faks: 03-2096 3292
- Emel Pertanyaan : [email protected]
- Emel Aduan : [email protected]
Atau, rujuk soalan-soalan lazim di bawah: (klik untuk muat turun)