Kehadiran Kelas Peperiksaan Tanpa Penggiliran Mulai 8 November 2021

KPM memahami bahawa kehadiran murid secara penggiliran khususnya bagi murid kelas peperiksaan perlu diteliti dari semasa ke semasa kerana terdapat keperluan untuk mereka membuat persediaan yang secukupnya bagi menduduki peperiksaan.

Perkara ini juga sering dibangkitkan semasa saya mengadakan sesi libat urus bersama pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa. Begitu juga ketika saya berjumpa dengan murid kelas peperiksaan semasa lawatan ke sekolah dan asrama.

Dalam hal ini, KPM dan KKM sentiasa bekerjasama rapat memantau kadar vaksinasi murid, khususnya kelas peperiksaan. Ini bagi membolehkan KPM mengatur strategi yang sesuai untuk kumpulan murid ini.

Mengambil kira kadar vaksinasi dalam kalangan murid kelas peperiksaan yang sebahagian besarnya telah mencapai kadar vaksinasi lengkap 90% atau lebih, KPM memutuskan untuk membenarkan mereka kembali ke sekolah tanpa penggiliran bermula 8 November ini.

Keputusan ini dibuat setelah berbincang dengan KKM dan MKN.

Berikut saya kongsikan kenyataan media KPM mengenai pemakluman kehadiran murid kelas peperiksaan awam dan antarabangsa tanpa penggiliran.

Turut dilampirkan dalam kenyataan media tersebut adalah senarai institusi pendidikan bawah KPM yang masih belum mencapai kadar vaksinasi 90% dan ke atas.

Kehadiran murid di sekolah tersebut masih perlu diteruskan secara penggiliran.

KPM komited melakukan yang terbaik.

Kongsi-kongsikan maklumat ini.

Sumber: Dr Radzi Jidin / Kenyataan Media KPM

penggiliran kelas kpm
penggiliran kelas kpm
penggiliran kelas kpm
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: