Semua Sekolah Di Selangor Diarah Tutup Bermula Esok

sekolah ditutup 2 hari

KUALA LUMPUR : Seluruh sekolah di Selangor bawah Kementerian Pendidikan diarah ditutup untuk pembelajaran secara bersemuka bermula esok sehingga 12 Mei.

Perkara itu dinyatakan melalui Pengarah Pendidikan Negeri, Izmi Ismail melalui surat arahan penutupan sekolah di negeri Selangor yang tular di media sosial.

Surat arahan penutupan sekolah itu diedarkan kepada semua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Selangor dan bertarikh 5 Mei 2021.

blank

Ia turut menyatakan KPM mengambil kira keputusan Jawatankuasa Khas Keselamatan negeri Selangor (JKKNS) pada 5 Mei 2021 yang mengesyorkan sekolah ditutup pada 6 Mei hingga 12 Mei 2021.

“Syor JKKNS ini adalah satu usaha untuk mengurangkan pergerakan dalam komuniti berikutan kes COVID-19 di Negeri Selangor,” menurut surat arahan itu.

Selain itu, pergerakan pulang murid asrama sempena cuti hari raya Aidilfitri tahun 2021 adalah seperti yang telah dijadualkan pihak sekolah.

“Bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan murid dan ibu bapa, pihak sekolah perlu mengekalkan jadual pergerakan pulang yang telah ditetapkan,” kata kenyataan itu.

Surat arahan itu turut menyebut, semua Pegawai Pendidikan Daerah hendaklah memastikan guru-guru dapat melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berdasarkan kesesuaian dan keupayaan akses kepada komunikasi murid sepanjang tempoh penutupan sekolah.

*Sumber: Astro Awani