Program Asasi TVET Lepasan SPM – Kursus, Lokasi, Pengajian

Program Asasi TVET Untuk Lepasan SPM ~ Sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar lepasan SPM dan setaraf, anda kini boleh memohon mengikuti Program Asasi TVET untuk melanjutkan pengajian. 

Berikut dikongsikan maklumat lebih lanjut mengenainya. 

Program Asasi TVET

Program Asasi TVET adalah merupakan program baru yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menyediakan pelajar bagi kerjaya dalam TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional). Program ini menyediakan laluan baharu kepada pelajar yang layak dan berminat dalam bidang TVET. 

Bermula dengan program persediaan di 5 (lima) buah Politeknik perintis bagi pengambilan pertama Sesi I 2023/2024. Seterusnya, pelajar berpeluang meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda (khususnya dalam Ijazah Teknologi Kejuruteraan) di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

Program Asasi TVET

Pembangunan kurikulum Program Asasi TVET direka bentuk dengan memberi penekanan kepada elemen amali dan praktikal. Manakala fokus bidang Asasi TVET yang ditawarkan adalah mengikut keperluan industri semasa. 

Program ini juga adalah susulan langkah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) untuk memperkenalkan kaedah pendidikan lebih fleksibel dan dinamik untuk semua lapisan masyarakat. 

Majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin pada Majlis Penutup Jom Masuk U 2023 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) baru-baru ini. 

BACA JUGA: [TERKINI] Permohonan UPU Online 2023/2024 | Syarat & Cara Memohon

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian bagi Program Asasi TVET adalah setahun atau dua (2) semester pengajian dengan setiap semester adalah selama 6 bulan. 

Syarat Kelayakan Pemohon 

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang mesti dipenuhi oleh pemohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan satu (1) mata pelajaran lain
  • Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang TVET
  • Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

Senarai Politeknik Menawarkan Program Asasi TVET & Pilihan Universiti Untuk Melanjutkan Pelajaran 

Lepasan program Asasi TVET akan diberikan keutamaan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda berdasarkan bidang yang bersesuaian dan pemetaan laluan pengajian di mana-mana EMPAT (4) universiti dibawah MTUN iaitu:

  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Program Asasi TVET

BACA JUGA: PISMP 2023: Permohonan Ambilan Kedua, Syarat Kelayakan & Tarikh Penting

Yuran 

YuranJumlah
Yuran PengajianRM 200
Yuran AsramaRM 60-RM630*Tertakluk kepada jenis/kemudahan asrama yang disediakan oleh Politeknik yang berkenaan
Bayaran PelbagaiSemester 1: maksimum RM 600Semester seterusnya: maksimum RM 150

Rujuk pautan berikut: http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp?pg=yuran 

Cara Permohonan Program Asasi TVET 2023 / 2024

Permohonan boleh dibuat melalui portal UPU Online di pautan berikut: https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login 

Permohonan kemasukan ke Program Asasi TVET Ambilan Sesi 2023/2024 bagi lepasan SPM/Setaraf telah dibuka mulai 15 Mei sehingga 13 Jun 2023.

Program Asasi TVET

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari/hubungi: 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: